Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.

Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.

Full Article ...

- "Saya terkejut Mustafa Ali dan Mahfuz Omar terus menerus menyerang saya." Demikian dakwa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali memberi reaksi balas terhadap serangan yang telah dibuat oleh Setiausaha Agung dan Naib Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau dengan nada kecewa mendakwa, tindakan tersebut amat tidak profesional. Malah tindakan kedua-dua Pemimpin itu kata beliau menggambarkan ada usaha untuk menjatuhkan beliau selaku Exco

Hassan Ali turut menjelaskan beliau ada bukti dan fakta bahawa terdapat ramai Penyokong PAS di peringkat akar umbi yang semakin ragu-ragu dengan perjuangan Parti.

Hassan Ali membuat penjelasan demikian dalam Sidang Media yang sedang berlangsung di rumah beliau hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, YB. Datuk Mahfuz Omar membuat kenyataan tidak mempunyai masalah jika Hassan Ali mahu meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

"Hasan mahu keluar parti, silakan. Terpulang pada dia."

Turut mengkritik beliau Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali yang menganggap Exco Kerajaan Negeri Selangor itu terperangkap dengan agenda jahat UMNO.

Kritikan kedua-dua Pemimpin PAS itu dibuat susulan reaksi Hassan Ali yang membuat beberapa perlaksanaan yang tidak disenangi beberapa rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR termasuklah mendakwa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperkasa Perpaduan Islam dan Melayu.

Gerakan Khalid Samad, Mahfuz Omar dan Mustafa Ali untuk menguburkan dan mentalqinkan mayat Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa masih belum cukup kuat.

Hasan Ali tidak akan melakukan sidang media mendedahkan kepincangan PAS melainkan beliau mempunyai sokongan padu dari akar umbi PAS Selangor yang masih lagi mengharapkan khidmatnya dalam parti.

GWM yakin sidang media ini bakal menguburkan slogan retorik Negara Berkebajikan yang sememangnya bukan matlamat asal perjuangan PAS.

Dikhabarkan juga golongan pro ulama yang membisu selama ini sudah berani dan lantang mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan atas dasar mana-mana negara dan kerajaan pun melakukan kebajikan terhadap rakyat mereka.

Media Harakah semakin tertekan dengan suara lantang Nik Abduh menempelak kolumnis dan editor media tersebut yang memperbodohkan pembaca dengan karikatur lukisan dan menyentuh 'kekanda Nik Abduh', Nasharuddin Mat Isa.

Seronok menunggu pertembungan besar golongan pro ulama dan pro Tuan Haji Anwar Ibrahim ... puak mana yang bakal disembelih hidup-hidup sebelum pilihanraya umum nanti.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

2 comments:

  1. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.
    Honda Accord AC Compressor

    BalasPadam
  2. TQ AISHA...WE APPERCIATED IT...KEEP IN TOUCH..TQ

    BalasPadam