
SERAMBI MEKAH LEBIH DARI NEGERI2 YANG MAJU MACAM KUALA LUMPUR?
Kaunter pembayaran berasingan di antara lelaki dan perempuan di pusat-pusat membeli belah adalah diantara revolusi yang laksanakan oleh kepimpinan Nik Aziz bagi mengelak umat Islam di Kelantan mendekati zina dan perbuatan yang boleh membawa kepada zina.
Kemudian Nik Aziz menyarankan perempuan yang cantik tidak di ambil bekerja, juga bagi konteks yang sama dan menyelesaikan masalah pengangguran di Kelantan.
Anak-anak muda yang tidak menutup aurat akan di beri kaunselling dan di dakwa. Beberapa tahun yang lepas, muslimah juga di larang memakai gincu bila berada di bandar Kota Bharu.
Samalah seperti mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda di seluruh Kelantan. Kita diperbodohkan seolah-olah jawi itu menandakan Islam dan simbol ketinggian syiar Islam di Kelantan. Bukankah jawi itu Melayu.
Dan seperti kata Tun Dr. Mahathir, Melayu mudah lupa. Orang-orang Kelantan pun terus lupa. Yang tinggal ialah papan tanda kaunter berasingan, amalannya sudah tiada siapa pedulikan. Apabila Islam ditonggang untuk doktrinasi politik, PAS berjaya tetapi Islam tidak berjaya. Kelantan tidaklah lebih Islam dari negeri-negeri lain di Semenanjung dan tidaklah kurang maksiat berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
Beleklah dokumen-dokumen, makalah dan terbitan-terbitan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan dan mereka telah mengaku berjaya mempertingkatkan syariat Islam seperti termaktub dalam manifesto mereka seperti di bawah:
• Pengharaman judi dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1992.
• Menutup kelab-kelab malam.
• Menghapus kegiatan pelacuran.
• Menguatkuasakan etika pakaian Islam sebagai syarat pengeluaran lesen oleh PBT.
• Pengasingan kaunter bayaran lelaki dan perempuan.
• Menutup pusat hiburan snooker dan billiard.
• Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai Islam.
OPERASI JOHNSON
MINGGU LEPAS KICKDEFELLA TELAH MELANCARKAN OPERASI JOHNSON DI KOTA BHARU. OPERASI JOHNSON BERTUJUAN MENYEDARKAN RAKYAT KELANTAN BAHAWA SEGALA DAKWAAN PAS SELAMA INI HANYALAH RETORIK.
PAS TIDAK PERNAH BERJAYA MENGHAPUSKAN PELACURAN SEPERTI DI DAKWANYA. PAS HANYA MENGHARAMKAN PEMBERIAN LESEN PUSAT HIBURAN DAN PUSAT HIBURAN YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEKS TETAPI PUSAT-PUSAT SEDEMIKIAN TERUS TUMBUH SECARA HARAM TANPA BERSELINDUNG SEHINGGA KE AZAN SUBUH.
PAS MENGHARAMKAN JUDI DI KELANTAN TETAPI KEDAI-KEDAI YANG BEROPERASI DENGAN LESEN DARI PBT TERUS MENJUAL LOTERI DAN LAIN-LAIN BENTUK JUDI DI KAUNTERNYA.
PADA HARI KICKDEFELLA AKAN SIARKAN OPERASI JOHNSON BAHAGIAN SATU, BAGI MENUNJUKKAN BAGAIMANA EJEN KAMI DENGAN CODENAME JOHNSON BOLEH MENDAPATKAN PERKHIDMATAN SEKS DARI PELACUR DI TEPI JALAN DENGAN MUDAH DI KOTA BHARU.
http://kickdefella.net/2011/02/11/orang-kelantan-mudah-lupa-dari-serambi-mekah-ke-serambi-golok-pt-1/
Post A Comment:
0 comments: