SHAH ALAM, 20 DIS : Ahli Exco Kerajaan Selangor Datuk Hasan Ali menyelar tiga tokoh PAS – Setiausaha Agong Mustafa Ali, Naib Presiden Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan Selangor Saari Sungib kerana melontarkan tuduhan dan dakwaan yang negatif dan berniat jahat.

Hasan sekali lagi menegaskan bahawa soal beliau keluar daripada PAS tidak timbul dan segala tindakannya adalah untuk memperkuatkan parti itu supaya ia tidak kelihatan terumbang ambing dan tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.

“Saya mempunyai fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ini menyokong PAS mula mempersoal dan menarik diri daripada memberi sokongan kepada Pas lantaran landasan utama perjuangan parti telah dikesampingkan,” tambah beliau pada sidang akhbar di rumahnya.

Beliau berkata tuduhan Mustafa kononnya beliau menyertai agenda Umno untuk melemahkan PAS adalah kenyataan yang bongkak dan angkuh.

Mustafa “menggunakan kuasa Setiausaha Agung untuk melatah dan hilang arah hingga sanggup bermain api fitnah dan meletakkan diri beliau di paras yang rendah dari sudut kewibawaan dan kemampuan mengawal emosi,” kata Hasan.

Hasan berkata beliau telah memenui wakil pimpinan pusat PAS enam hari lalu dan mesej yang di bawa oleh mereka “penuh kebijaksanaan dan pertimbangan serta memaparkan nilai akhlak yang tinggi… dan jauh berbeda dengan gaya Setiausaha Agung.”

Hasan turut menyifatkan kenyataan Mahfuz yang secara sinis mengajak beliau menyertai Umno sebagai berasal daripada “orang-orang yang bankrap pemikiran dan jelas tidak mengikuti perkembangan mutakhir sesuatu isu.”

Pada sidang akhbar itu, Hasan berharap pucuk pimpinan Pas mengambil tindakan displin terhadap Saari yang membayangkan beliau akan digugur sebagai calon kerana tidak mendapat undi di peringkat cawangan Pas.

“Beliau(Saari) yang mula menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti. Tindakan beliau jelas tidak menguntungkan parti,” tambah Hasan.

Minggu lalu. Saari mendedahkan bahawa Hasan tidak akan dicalonkan oleh Pas Selangor untuk mempertahankan kerusi Gombak Setia pada pilihanraya umum akan datang kerana beliau tidak menerima pencalonan yang mencukupi berbanding tiga calon lain.

Kenyataan itu dilihat sebagai mempunyai agenda tersendiri kerana ia mendahului pimpinan parti yang mempunyai kata putus mengenai senarai calon parti.

Hasan menegaskan bahawa prinsip perjuangannya adalah untuk meletakkn semula Pas di landasan asal dan beliau berterima kasih kepada pihak yang telah menyatakan sokongan di atas perkara itu.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: