Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud |
PUTRAJAYA 21 MAC: Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud mengumumkan seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 506 calon adalah dari sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.
Katanya, pencapaian keseluruhan SPM 2011 yang menyaksikan
468,808 calon kesemuanya adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan
nilai indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.
Turut cemerlang pesakit kanser ovari dan hati Cheaw Sier
Han, 18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman, Mergong
Alor Setar sangat teruja apabila mengetahui dia lulus sembilan daripada 10 mata
pelajaran dalam peperiksaan yang didudukinya di Hospital Sultanah Bahiyah.
Wong Yujing cemerlang subjek Tasawwur |
Pelajar yang
berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur
Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu
tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk
mendalami agama Islam.
Dalam masa yang sama Timbalan Pengarah Pelajaran
Terengganu, Hashim Mohd. Zin mengumumkan Terengganu terus mengekalkan momentum
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun
berturut-turut. Beliau berkata, Gred
Purata Negeri (GPN) SPM 2011 negeri itu meningkat kepada 4.92 peratus
berbanding 5.03 peratus pada 2010.
Wong Yujing bersama rakan-rakannya dari SMK Sultan Sulaiman |
Post A Comment:
0 comments: