Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.

Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.

Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.

Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.

Adam Adli, yang merupakan pelajar TESL berkata, dia tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan untuk mengantungkan pengajiannya itu sebaliknya menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas UPSI.

Katanya, adalah lebih terhormat untuk didapati bersalah dan digantung pengajian selama tiga semester kerana berjuang untuk kebebasan akademik daripada dipenjarakan setahun kerana mengambil rasuah.

pertanyaan dari wartawan astro awani adakah adam adli mahu memohon rayuan ?? berikut jawapan adam adli untuk apa saya nak merayu pada orang macam itu .. ini lah bakal MAHASISWA yang paling biadap dan kurang ajar !! adakah MAHASISWA macam ini yang anda mahu untuk mendidik anak2 anda ??

p/s: Perghh... makin biadap nampaknya anak ikan Anwar ni bercakap.. Kononnya dia bangga kena hukuman gantung pengajian 3 semester dan hukuman tu lagi mulia dari hukuman yang diterima oleh Khir Toyo..

Gelap masa depanlah kalau anak sesapa dapat budak Adam Adli ni sebagai cikgu dorang nanti..
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: