
KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali pada selasa mencabar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali supaya mengemukakan bukti yang mengaikkannya terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti itu.. Beliau berkata, Mustapa dilihat cuba menggunakan jawatannya untuk mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap dirinya.
"Saya betul-betul terperanjat membaca kenyataan yang dikeluarkan beliau yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Mereka bukan sahaja menyerang saya tetapi memberi gambaran bahawa kedudukan saya dalam parti pilitik tidak dapat bertahan lama," katanya pada sidang media disini. Selasa. "saya tidak perlu mengulangi lagi kenyataan yang pernah saya buat mengenai hal ini. Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Hasan turut mendesak agar Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana bertindak mendahului Presiden apabila senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. selengkapnya http://peraktoday.com/wp/?p=39400
Post A Comment:
0 comments: