
Pada 9 July lalu, apabila berlakunya perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, PAS merupakan kelompok terbesar menghantar penyokongnya. Malahan beberapa pemimpin utama parti turut serta biar pun ia adalah satu perhimpunan yang dianggap meanggar undang-undang. Bagaimana pun apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan Himpunan Sejuta Umat (Himpunan) baru-baru ini bagi membenteras murtad, PAS "senyap sunyi" yang hadir hanyalah Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Hasan Ali. Beliau pergi atas kapasiti peribadi sebagai pemimpin Islam bukan mewaki;i parti. Kini PAS menjadi tumpuan lagi apabila kesetian mereka sebagai sekutu pembangkang akan dituntut pada 9 January ini dalam kempen "Bebaskan Anwar 901". Kita tidak pasti apakah pendirian PAS dalam kempen tersebut? Apakah PAS akan mengerahkan penyokongnya atau menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri.
Tapi hakikatnya golongan pro-Anwar di dalam PAS tidak akan duduk diam, mereka pasti akan mendesak supaya pucuk pimpinan parti membuat kenyataan agar penyokong parti itu turun menyokong Anwar. Sememangnya semua orang tahu siapakah lebih berpengaruh didalam PAS sejak parti itu dikatakan dikuasai oleh puak Anqarinas. Bagaimana pun PAS perlu berhati-hati dalam tindakannya, ini kerana himpunan haram yang dicadangkan pada 9 Januari bukanlah sembarangan.
Tersilap langkah PAS dituduh "bersubahat" menghina institusi kehakiman negara. Tak apalah jika sebelum ini PAS hendak menjadi "pak turut" apabila bersedia mengerahkan "bala tenteranya" turun kejalanan. Tetapi 9 Januari ini melibatkankan keputusan mahkamah. Oleh itu pemimpin PAS tidak harus terpengaruh denganketidakmatangan sesetengah pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melancarkan bebaskan Anwar 901. Berrita selengkapnya disini http://www.anwaraidc.com/?p=40834
Post A Comment:
0 comments: