SHAH ALAM, 21 DIS : Pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan supaya bijak menangani permasalahan dan kebimbangan rakyat apatah lagi apabila ia berkait rapat soal keselamatan.

Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin berkata, Khalid juga harus berbincang dengan penduduk sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

"Menteri Besar kena tangani masalah dengan bijaksana,"katanya kepada AntaraPos.com.

Beliau berkata demikian mengulas kehadiran kira-kira 150 penduduk Cheras yang menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri bersabit kelulusan projek Pencawang Masuk Utama (PMU) Mahkota Cheras.

Surat bantahan yang bertujuan mendesak Khalid menjelaskan kedudukan sebenar berhubung kelulusan projek pencawang itu bagaimanapun hanya diterima wakil kerajaan negeri, Pegawai Komunikasi Menteri Besar Incorporated (MBI), Noor Amin Ahmad.

Sementara itu menurut Nawawi, adalah penting projek yang melibatkan kesan jangka panjang ini dibincangkan terlebih dahulu bersama penduduk yang turut terlibat dalam projek berkenaan.

" Walaupun projek TNB itu penting, tapi pada masa yang sama, Menteri Besar perlu selesaikan dengan penduduk. Baik dari segi pampasan dan keselamatan, kerana penduduk risau keselamatan mereka.

" Saya percaya TNB mungkin sudah menerangkan kepada penduduk bahawa tempat ini selamat atau tidak. Tapi bagi saya perlu cari alternatif lain sama ada kawasan ini selamat untuk penduduk atau kena bagi mereka pampasan dan sebagainya. Tapi Menteri Besar kena menangani secara bijaksana. Penduduk cuma risau keselamatan," tambahnya lagi.

Projek bernilai lebih RM90 juta itu tertangguh sejak Oktober 2010 akibat bantahan penduduk.

Sementara itu, Nawawi turut menyelar tindakan Adun Teratai Jenice Lee yang didakwa tidak bertanggungjawab oleh penduduk kerana gagal menyerahkan surat bantahan itu selepas diserahkan kepada beliau pada 2008.

"Bagi saya peranan Adun untuk menerangkan kekeliruan di antara masyarakat dan pihak Menteri Besar.Sebagai ecxo dan wakil rakyat yang jumpa penduduk perlu laporkan kepada MB.

" Sama ada laporan itu sampai dengan tepat atau tak sampai. Apa pun perbincangan di kalangan penduduk, mungkin MB tak dapat tau perkara yang sebenar.Mungkin betul penduduk kata Adun tak main peranan selesaikan masalah penduduk di kawasan itu. Jadi perkara ini selalunya memang susah nak selesai tapi kena ada perbincangan,"katanya lagi.

Oleh itu katanya, sebagai Menteri Besar, Khalid harus turun padang dan mendengar sendiri keluhan rakyat.

"Selalunya kes begini yang melibatkan rakyat yang ramai, MB kena turun kawasan. Tak sama macam bagi bantuan orang susah atau orang minta pada kita. Kalau Menteri Besar lawat kawasan itu akan dapat gambaran sebenar. Rakyat nak jumpa sebab mereka nak didengari. Perkara ini kalau boleh selesai secara berdepan," ujarnya.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: