KUALA LUMPUR MEI 2017 - Kepimpinan PAS hari ini mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.

Dalam satu kenyataan, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang mengesahkan berita itu meminta semua pihak tidak menziarahi Abdul Hadi ketika ini supaya beliau mendapat ruang rehat secukupnya.

“Saf kepimpinan PAS ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru (Abdul Hadi) menjalani rawatan dengan jayanya, dikurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis sakit yang dialami oleh pemimpin berusia 69 tahun itu dan di hospital mana rawatan akan dijalankan.

Ahmad Samsuri juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Abdul Hadi yang juga adalah ahli parlimen Marang dan berkata parti itu akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: