Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14

SEJAK 1996 MASJID INI TIDAK DIAZANKAN LAGI (10 Gambar)

100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan

KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS.. SAUDARA KITA LUPAKAN

Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pedalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.

Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yang banyak menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sedang bergerak selama 40 hari di Sandakan.


Ceritanya, “Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dengan dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak samun sejauh kira-kira 70m dari jalan ternampak samar-samar bangunan usang di sebalik semak.

“Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dalam dengan terpaksa meredah serpihan bumbung yang runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2 rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan perasaan sedih.”

Setelah beredar dari masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih beragama Islam. Kami buat keputusan utk menziarahi mereka. Pakcik Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim. isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama Islam. Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad. Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di kampung Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di kampung Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun. Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih missionary (pendakyah) Kristian yang bermati-matian melakukan proses kristianisasi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.

Dakyah missionary ini paling kuat. Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.

Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon, kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. 3T tersebut ialah Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di kampung Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.

Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya seruan bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.

Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku dalam kalangan ummat Islam jika setiap ummat Islam menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi saw iaitu Sayyiduna Abdullah B. Huzafah r.hu yang mempertahankan keimananya dari seruan kemurtadan walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu-bulu di badanku, nescaya akan aku korbankan satu persatu untuk agama Allah'. Boleh rujuk kisah beliau dalam Hayatush Sahabah, jilid 2.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat sebagai Dae'i.. InsyaAllah.

Coretan dari Dr. Rosmadi Nawi dan hasil suntingan oleh saya (Anak Pendang Sekeluarga)









P/s : Dengan pendedahan ini, jangan tunding jari lagi mencari salah siapa, apa sumbangan kita selama ini, muhasabah diri lebih baik dari mengeji orang lain. :)
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

1 comments:

  1. Semoga ada usaha berterusan untuk terus memurni dan mengimarahkan rumah Allah ini

    BalasPadam