PRK Sg Limau MENYAKSIKAN pesta pemuda UMNO menghabiskan waktu
kempen dengan program syok sendiri.
kempen dengan program syok sendiri.
Krisis identiti inilah yang sedang menular...
Ketuanya yang kononya hebat dan mendabik dada mendakwa Pas semakin
menerima tamparan hebat sedangkan diwaktu yang sama pemuda dibawah
seliaannya berpesta seolah sudah menang sebelum berperang.
menerima tamparan hebat sedangkan diwaktu yang sama pemuda dibawah
seliaannya berpesta seolah sudah menang sebelum berperang.
Inilah peragai sebenar sayap pemuda UMNO kini...
Hebatnya pembangkang bukan kerana mereka HEBAT !
Kerana UMNO punyai sayap pemuda yang semakin lembik, berkroni, dan syok sendiri.
Ada juga yang mendakwa semakin LEMAU.... TAK PERCAYA ? baca nie..
Pemuda UMNO Lesu Di Sg Limau? #SgLimau #1Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro
Pengalaman berdepan dengan Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau di sini amat berbeza dengan PRK² yang lain. Di Sg Limau, pemandangannya jauh lebih indah dan aman tetapi politiknya cukup berbeza daripada kawasan² yang lain.
Manakan tidak, Sg Limau merupakan kubu kuat PAS di Kedah selain 1 2 kawasan
yang lain di negeri ini. Mungkin ramai yang telah menjangkakan kemungkinan
Barisan Nasional (BN) akan tewas di sini amat kuat dan ada juga pendapat yang mengatakan kemungkinan juga BN bakal memenangi hati penduduk di sini dengan transformasi yang dibawa dari dalam UMNO kepada rakyat terutamanya pengundi.
Namun amat mendukacitakan apabila kekuatan jentera UMNO yang ramai tidak
berupaya meyakinkan pengundi untuk 'kalih' kepada BN. Sebaliknya pengundi masih mahu terus mengekalkan PAS di sini.
Mungkin apa yang bakal saya utarakan ini menyentuh sensitiviti sesetengah pihak dan lain².
Pemerhatian saya sepanjang berkampung di Sg Limau seminggu lamanya telah dilihatkan dengan kelemahan² yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ketua² jentera sebagai contoh jentera sayap UMNO.
Saya tidak mahu menceritakan ketidakberkesanan parti lain selain daripada UMNO kerana bagi saya, mereka ada ataupun tidak, ianya tetap sama. Bak kata orang, buek habis boras jo ado ko takdo.
Cumanya di sini, konteksnya kita mahu mengukuhkan lagi UMNO untuk masa hadapan.
Berbalik kepada pengurusan pentadbiran jentera sayap UMNO yang dilihat goyah ialah Pemuda UMNO. Dahulunya Pemuda dipandang hebat dan tinggi tetapi hari ini Pemuda nampak seakan lemau dan lebih memeranjatkan Puteri & Wanita jauh lebih ke hadapan berkempen kali ini.
Apakah dengan pelantikan Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro sebagai Ketua Pengarah Jentera Pemuda di Sg Limau sebenarnya langsung tidak memberikan impact kepada pengundi di sini atau sebenarnya Azwan Bro bukanlah orang yang sepatutnya diberikan amanah tersebut. Pemerhatian saya,
Azwan Bro tidak tahu buat kerja !
Saya tidak tahu apa yang beliau lakukan sebelum ini di negeri Perak semasa beliau memegang tampuk kepimpinan Pemuda negeri sebagai Ketua Pemuda Negeri. Tetapi kejayaan beliau menjawat jawatan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dirasakan mungkin beliau seorang pemimpin Pemuda yang hebat. Tetapi bila saya melihatkan cara beliau di sini, amat mendukacitakan.
Siapa di kalangan pembaca yang melihat gambar² program berlumpur Azwan Bro bersama²
Exco Pemuda UMNO di Sg Limau? Saya pasti rata² sudah melihatnya. Tapi di manakah sentuhan buat pengundi?
mereka tidak senang dengan sikap Azwan Bro yang tidak turun padang hingga
ke akar umbi sebaliknya hanya bergaul dengan sesama ahli UMNO dan teman²
Exco. Itu tidak termasuk lagi dengan konvoi kereta mewah yang
mengiringi beliau semasa hari pengundian. Ia amat berbeza sekali dengan
kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato Seri Shafie Apdal yang melawat dari PDM ke PDM dengan bermotorsikal sahaja.
Sama lah kesnya semasa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin turun ke
Sg Limau melawat penduduk. Berapa buahkah kenderaan dan berapa panjangkah
konvoi yang mengiringi Khairy ketika itu. Pemerhatian saya tidak kurang dari
15 buah kereta berdarjat 'mewah' ataupun bahasa orang kampungnya,
'kereta besar' ketika itu. Persoalannya lagi, adakah kenderaan² ini dipandu
mengikut kadar kelajuan di kawasan kampung?
Weihhh apa kejadahnya korang nak beriya² konvoi kereta dengan Khairy?
Ingat orang kampung suka ker tengok kereta mewah korang tu. Kot kalo
korang nak bodek Khairy, tak boleh ker buat kat Kuala Lumpur ataupun
kat Putrajaya?
Berbalik kepada jentera Pemuda UMNO, skuad bermotorsikal yang dilancarkan
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Pejabat
Gerakan Pemuda UMNO sehari dua sebelum PRK, dilihat amat lesu dan rasa²nya
tidak memberikan impact langsung ketika hari pengundian. Skuad bermotor BN
yang berkonvoi pada hari pengundian boleh dikira berapa jumlahnya berbanding
ketika hari pelancaran.
Tak kisahlah jika budak² motor ni datang dari luar daerah Sg Limau, sepatutnya
mereka ini perlulah ditetapkan untuk hadir pada hari tersebut dan diaturkan
pergerakan mereka. Saya melihat kumpulan bermotor daripada PAS amat
meninggalkan kesan kerana mereka bukan saja terdiri daripada anak² muda
kampung bahkan daripada kumpulan motorsikal berkuasa besar (dibayar) untuk
sama² memeriahkan dan membuat provokasi di sini.
Jumlah jentera Pemuda UMNO yang diwar²kan sekitar 2,000 orang tidak kelihatan
jumlah tersebut pada hari pengundian. Misteri kehilangan jentera² ini masih lagi
belum terjawab tapi ada lah beberapa buah blog yang akan
mengeluarkan bukti bergambar di manakah mereka berada.
P/s : Khairy Jamaluddin & Azwan Bro, boleh jawabkah persoalan saya ni?
kenyataan yg pahit, namun tetap kena ditelan
BalasPadamBodoh nyer... jangan fitnah sis... mereka tak buat provokasi... sebalik nye kamu!!! terima hakikat...BN bukn pilihan orang muda... okey...dah terjbawb...selesai
BalasPadam