Kepimpinan bekas Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Hj.Mohd Rustam amat disenangi oleh rakyat diNegeri Melaka.Beliau seorang pemimpin yang amat luar biasa dan komited terhadap tugas hakiki khususnya sebagai seorang Ketua Menteri dalam merealisasikan pembangunan mampan ekonomi Negeri dan juga berusaha kearah peningkatan pendapatan berkapita rakyat Negeri Melaka.Ketua Menteri ini amat berbeza diantara Menteri Besar dan juga Ketua Menteri diseluruh Malaysia hatta didunia sekalipun.Ali Rustam berusaha keras menjejaki gaya kepimpinan Nabi SAW dan mungkin juga gaya kepimpinan para sahabat Nabi SAW seperti Saidina Umar Al Khattab, jika dilihat kepimpinan dan kepengikutan Mahatma Gandhi, sedikit sebanyak perjuangan,ketelusan dan pembangunan fizikal dan spiritual yang pernah dilakukan oleh Gandhitelah dipratikan oleh beliau dari kalangan rakyat di Negara ini, khususnya dinegeri Melaka.Diantara sebab, hujah dan dalil mengapa Ali Rustam perlu disokong,diberikan mandat dan dipilih oleh majoriti rakyat dan pengundi diNegara ini adalah disebabkan gaya kepimpinan,dalil,kredibliti dan juga sentuhan emosi beliau terhadap isu berikut, yang pertama Beliau amat berjiwa rakyat dan bersifat rendah diri, jika dilihat dan diperhalusi beliau amat senang berbicara,dibawak bincang dan didekati oleh rakyat dan seluruh lapisan masyarakat diNegeri dan Negara ini, Ali Rustam tidak akan memilih status jantina, keturunan,bangsa,agama mahupun taraf pendidikan setiap individu yang mahu berhubung dengan beliau, asalkan niat baik makanya beliau akan memberikan perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh individu berkaitan.Sifat rendah diri sebagai pemimpin tertinggi Negeri juga telah menyebabkan rakyat amat menyayangi dan senangi beliau, sebut sahaja apa rintangan dan permasalahan beliau akan ada golongan rakyat yang menuju ke lokasi beliau berada,bila sahaja, dimana sekalipun tanpa mengira waktu, semangat dan pertalian serta kekuatan untuk membantu Ketua Menteri ini lahir dalam diri setiap individu dan pengundi hanya disebabkan amalan beliau berbuat baik dibalas dengan budi yang baik.Dalil kedua merujuk kepada kemampuan beliau membawa pembangunan yang mampan terhadap Kerajaan Negeri Melaka, walakupun agak sukar untuk mendapatkan peruntukan dan dana yang besar daripada kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kewangan, lantaran daripada kemampuan Melaka menjana ekonomi menerusi industri pelancongan Negeri, namun diatas keintelektualan dan daya usaha beliau, pembangunan ekonomi,politik dan sosial Negeri mampu dipelihara dengan terbaik mungkin.Sebagai bukti yang amat jelas, negeri Melaka telah diitiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, Melaka Bandarteknologi Hijau, Melaka World Solar Valley dan Negeri ini juga berjaya menjana pendapatan tertinggi KDNK Negeri menerusi sumber penjanaan industri pelancongan dunia dinegara ini.Hujah ketiga yang amat sukar diikuti oleh pemimpin lain, adalah pengorbanan dan keterlibatan beliau berkhidmat 24 jam dalam menangani apa sahaja isu dan kebajikan rakyat serta kepentingan Negeri dan Negara.Beliau pantang terdengar mahupun dimaklumkan berkaitan sebarang bentuk permasalahan rakyat serta musibah, tanpa mengira waktu,lokasi dan majlis Ali Rustam akan bergegas ke lokasi untuk meninjau dan mengambil tindakan drastik, untuk menangani sebarang bentuk permasalahan dan polimik rakyat.Seluruh pasukan pengerak,kakitangan kerajaan,NGO,GLC dan Mahasiswa dan siswi akan mengikut rentak dan gaya kepimpinan beliau, tanpa mengira waktu baik disiang hari,petang,malam mahupun subuh, setiap pejuang ini akan berkumpul mendengar arahan dan perlu mengambil tindakan segera terhadap isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri ini.Dalil keempat pula hadir turun padang tanpa perlu dikerah atau mencari publisiti murahan, beliau amat komited,serius, rajin dan berhemah tanpa memilih waktu dan lokasi baik dikawasan BN mahupun PKR, Ketua Menteri ini tetap turun padang untuk menghulurkan bantuan,jika dihina,dicaci baik disindir sinis, namun beliau tetap menunaikan janji untuk membantu rakyat.Dalil ke lima, seorang pemimpin yang peramah,rendah diri dan mudah didekati, belum pernah seorang Ketua Menteri,Menteri Besar mahupun pemimpin yang rajin menghantar sms kepada rakyat tanpa memilih bulu,kedudukan dan status, namun Ali Rustam akan menghantar sms,berkomunikasi serta mendekati sesiapa sahaja dengan cukup mudah,peramah serta mendengar pandangan serta nasihat mereka, amat teruja dan terharu apabila Ketua Menteri menerima pandangan orang bawahan tanpa mengira latarbelakang akademik mahupun keturunan, sifat ini amat mulia serta menyebabkan rakyat amat menyayangi beliau.Dalil keenam,hujah dan pengucapan serta ceramah beliau tidaklah menghentam seseorang pemimpin mahupun musuh beliau secara ekstrem,sifat mahupun ucapan memaki-hamun,fitnah, aib-mengaib ini kurang diterjemahkan oleh beliau, namun memang wujud sindiran sinis ketika beliau berucap terhadap beberapa isu peribadi pihak lawan, namun beliau tidak akan lari daripada perbincangan dan agenda utama ketika memberikan ucapan.Pemimpin yang memberikan fokus terhadap pembangunan dan isu kebajikan rakyat akan lebih disenangani daripada memburukan pihak lawan.Dalil ketujuh Ali Rustam, tidak mengutamakan protokol, agak berbeza dengan para pegawai dibelakang takbir pengurusan Pejabat dan juga CEO diorganisasi Jabatan Kerajaan.Beliau hanya memerlukan penglibatan,kehadiran dan keberkesanan sesuatu program mahupun perjumpaan,rakyat mahupun pengundi amat gemar dan bersyukur terhadap kepimpinan beliau yang tidak rijik terhadap isu penerimaan dan halangan berjumpa dengan rakyat mahupun sesiapa yang berhajat berhadapan dengan beliau, rakyat dialu-alukan hadir dipejabat Ketua Menteri, dikediaman rasmi mahupun diserata Negeri dan Negara asalkan beliau berkelapangan dan sihat, itulah dia perbezaan dalam mengutamakan agenda rakyat melebihi isu protokol, namun wujud segelintir pegawai kerajaan yang amat rijik,protokol dan amat birokrasi dalam menangani isu dan persoalan rakyat, namun dibumi Melaka ibarat Hang Tuah kembali diberikan mandat, maka Ali Rustam mengalas mandat berkaitan dengan terbaik mungkin.Dalil kelapan, beliau akan hadir disebarang bentuk majlis, ketika majlis pernikahan,musibah mahupun terlantar akibat uzur, beliau pantang sekali menerima sms mahupun perkhabaran daripada rakan-rakan, makanya beliau akan bergegas meninggalkan majlis tanpa mengira waktu dan keadaan.Dalil yang kesembilan, rakyat mudah berkunjung ke kediaman rasmi beliau, jika dilihat kediaman Menteri Besar dan Ketua Menteri,lazimnya akan dikawal ketat dan adalah merupakan kawasan larangan dimasuki oleh mana-mana pihak, namun amat terharu apabila rakyat diNegeri Melaka dan seluruh Malaysia mampu hadir berjumpa Ketua Menteri ini, tanpa mengira waktu, apa yang perlu mereka lakukan adalah masuk ke kediaman rasmi Ketua Menteri duduk, makan apa sahaja rezeki yang ada dan tunggu ketibaan Ketua Menteri untuk melayan dan mendengar serta mengambil tindakan terhadap isu yang diutarakan.Dalil yang kesepuluh, Ketua Menteri ini amat terkenal dengan sikap berintergriti tinggi,efisen,pantas dan berkualiti, beliau amat dikenali oleh rakyat dan kakitangan serta pejawat awam di Negeri ini, asal diarah,disebut dan diminitkan sebarang bentuk surat,pekeliling, dasar mahupun polisi setiap pegawai kerajaan,NGO,GLC serta individu perlu bertindak segera, dan sebagai amalan budaya yang baik majoriti kakitangan dan pasukan perjuangan beliau telah mengikuti jejak beliau, perlu bekerja lebih masa,menyelesaikan isu dan arahan segera mungkin dan turun padang tanpa mengira waktu.Setelah kita mendengar,meneliti dan menyelami sendiri gaya kepimpinan beliau, apakah tindakan kita sebagai rakyat dan pengundi diNegeri ini, adakah beliau wajar dipilih,diberikan mandat dan terus dinaikan darjat mahupun kita bertindak pasif membiarkan mutiara ini hilang daripada milikan seluruh masyarakat diNegeri dan Negara ini.Apa yang jelas beliau sangat layak bagi memiliki salah satu daripada kerusi naib presedin umno malaysia,kepada para pewakilan dan ahli umno seluruh malaysia,mereka inilah yang sebenarnya yang akan menentukan undi majoriti untuk kepimpinan umno malaysia yang baru, mudah-mudahan seluruh pengundi tidak kira negeri buatlah pilihan yang terbaik, jangan kerana marahkan seekor nyamuk habis satu kelambu dibakar, buatlah pilihan yang bijak
demi bangsa & agama Tok Ali lah calon terbaik !!
Post A Comment:
0 comments: