Selangor mahu bantu Pusat turunkan kadar jenayah
Kerajaan Negeri memandang berat peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Walaupun tanggungjawab menjaga keselamatan awam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat, namun kerajaan Selangor bersedia untuk menyumbang sebanyak yang boleh bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin ketika berada di tempat-tempat awam.
Kerajaan Selangor sejak beberapa tahun lalu telah memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjadikan pasukan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan sebagai polis bantuan.
Walaubagaimanapun, permohonan kerajaan Selangor tidak mendapat reaksi yang diharapkan daripada PDRM.
Baru-baru ini, PDRM hanya meluluskan permohonan membenarkan 20 penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai polis bantuan tetapi kebenaran ini tidak memberi sebarang makna kerana kuasa polis bantuan ini sangat terhad kepada satu tugas sahaja iaitu mengawal bangunan MBPJ.
Justeru, kerajaan Selangor akan memohon sekali lagi kepada PDRM dan Kementerian Dalam Negeri sebagai usaha kita mengadakan kerjasama dengan pihak berkuasa membanteras jenayah termasuk kes melibatkan senjata api.
Kita harap Kementerian Dalam Negeri dan PDRM lebih mengutamakan keselamatan awam dalam membuat pertimbangan terhadap permohonan ini. Justeru, kita bersedia mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera bagi mencapai kata sepakat dalam perkara ini.
Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa menawarkan kesanggupan membiayai kewangan dan tenaga kerja dan kita amat berharap akan menerima maklum balas positif daripada PDRM.
Kerajaan Selangor komited meneruskan pentadbiran yang bersih dan telus di samping mengutamakan keselamatan rakyat agar dapat menjalani kehidupan seharian yang lebih selamat dan terjamin.
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
INILAH KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH TAN SRI KHALID GAGAP BARU-BARU NI DI LAMAN WEB KEADILAN DAILY (http://www.keadilandaily.com/selangor-mahu-bantu-pusat-turunkan-kadar-jenayah/).
BERSEMANGAT BETUL! BANTU NAK BINA BANYAK-BANYAK RUMAH URUT DAN KARAOKE-KARAOKE DI SELANGOR.

Post A Comment:
0 comments: