HB
Selari dengan peranan Al Quran sebagai sebuah kitab syariat untuk sepanjang zaman, firman-firman Allah swt yang berbentuk penjelasan dan perintah yang wajib diamalkan, pasti kekal terpelihara bagi para umat mendatang hingga hari kiamat. Adalah tepat sekali bahawa dunia baru yang dinisbahkan sebagai kemenangan Islam buat kali kedua adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan sesuai dengan janji Allah swt kepada Rasulullah saw, “Dan Kami tiada mengutusmu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam” (Al Anbiyaa’ : 108) dan “Dialah yang mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya Dia memenangkannya atas sekalian agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi” (Al Fath : 29). Inilah tandanya zaman kegelapan Islam dan umatnya akan punah dengan munculnya nilai-nilai murni kerohanian manusia ibarat tumbuhan yang subur menghijau menjalar perlahan-lahan memenuhi permukaan bumi diiringi bunga-bunga indah harum semerbak dan buah-buah ranum yang amat manis. Persoalannya, siapakah yang akan mengembalikan nilai-nilai murni kerohanian tersebut, sebab Rasulullah saw mahupun para sahabat sudah lama meninggalkan dunia fana ini? Pembaca yang tidak boleh menerima fakta yang disampaikan dalam buku ini, tanpa berfikir panjang akan mengatakan bahawa para “ulama” lah yang bertanggunggjawab kerana mereka adalah “pewaris nabi-nabi”. Namun, tidak boleh dinafikan bahawa sifat-sifat yang dimiliki majoriti ulama dari semenjak dahulu hingga sekarang lebih menepati kekecewaan yang pernah dilahirkan oleh Rasulullah saw sepertimana dalam sabdanya, “Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi”( HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727). “Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. ULAMAnya akan menjadi wujud PALING BURUK di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi). Hakikat sebenar yang dapat disaksikan ialah hanya segilintir dari umat Islam tergolong dalam “ulama pewaris nabi-nabi”. Amat medukacitakan golongan ulama minoriti ini sentiasa dijadikan korban oleh golongan ulama majoriti yang mana secara khusus mereka mendapatkan gelaran dari Rasulullah saw yakni “...wujud PALING BURUK di bawah kolong langit...” Golongan ulama majoriti ini terus memainkan peranan mereka semenjak lebih dari 1,400 tahun hingga ke hari ini.
Sesiapa yang menerima Islam sebagai agamanya, maka dia akan tergolong dalam firman Allah swt, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia” (Ali ‘Imran : 111). Untuk menjadi anggota dalam umat yang terbaik ini, sudah tentu orang tersebut memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Allah swt, “Katakanlah, Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu” (Ali ‘Imran : 32). Inilah perintah yang tidak boleh tidak, wajib dilaksanakan agar Allah swt mencintai umat Islam yakni umat Islam dikehendaki mengikuti jejak langkah Rasulullah saw dalam segala amalan, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Jika seseorang telah jatuh cinta, nyawa sendiri pun sanggup digadaikan demi kebahagiaan orang yang dicintai, manakala orang yang dicintai, sebagai insan biasa, belum tentu dapat memberikan kebahagiaan kepada orang yang sanggup berkorban nyawa untuknya. Tidak ada persamaannya dalam hal mencintai Allah swt dengan mencintai seorang insan membalas cinta itu dengan Dia, yakni Allah swt akan menjadi sahabat serta pelindung dan Dia akan memberikan segala kebahagiaan dan kehormatan. Bandingkan sahaja seseorang yang menjadi sahabat kepada seorang raja yang berkuasa, segala macam kehormatan akan diberikan oleh sang raja kepadanya. Apakah sang raja lebih hebat daripada Allah swt? Umat Islam saat ini dipandang hina kerana mereka gagal mengikuti jejak langkah Rasulullah saw dan Allah swt seolah-olah belum sanggup memberikan cintaNya kepada umat Islam... perhatikan dan renungkan dengan sebaik-baiknya surah Ali ‘Imran : 32.
Dengan meninjau keadaan yang sedang melanda umat Islam hari ini dapat digambarkan betapa proses kemenangan Islam mengharungi hambatan yang amat hebat dari umat Islam sendiri. Kecenderungan Umat Islam ialah berperikelakuan bertentangan dengan kehendak Al Quran dan sunnah Rasul saw. Umat Islam begitu ketara keengganan mereka mengadoptasi segala amalan Rasulullah saw dalam tata cara kehidupan seharian. Penyimpangan dari landasan yang disediakan oleh Al Quran dan sunnah Rasul saw merupakan bukti nyata kepada pelbagai kecamuk yang sentiasa menerjah umat Islam hingga terus hanyut dan lemas dalam lembah kehinaan. Utusan Allah mengeluh, “Dan Rasul itu akan berkata, ‘Ya Rabbi, sesungguhnya kaumku telah memperlakukan Al Quran ini sebagai sesuatu yang telah ditinggalkan” (Al Furqaan : 31). Dipandang tidak bertemadun, ganas dan zalim oleh umat lain adalah satu ciri yang sinonim dengan tingkah laku umat Islam masa kini. Prejudis di kalangan umat Islam begitu menebal bukan sahaja terhadap penganut agama lain, malahan sesama Islam. Pada hal Al Quran memberi nasihat, “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik dengan suatu berita, maka selidikilah agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, kemudian kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (Al Hujuraat : 7). Sikap prejudis ini menyebabkan umat lain terus berusaha untuk menjauh dari agama Islam dan umat Islam pula berusaha untuk meninggalkan agama Islam kerana beranggapan Islam penghalang besar kepada segala apa juga yang ingin dicapai.
Para ulama memainkan peranan utama dalam membentuk acuan umat Islam dalam pelbagai ragam yang mengaibkan, hal ini amatlah jelas kebenarannya ekoran dari sikap mereka sepertimana tersebut dalam sabda Rasulullah saw, “Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi”( HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727). “Akan datang satu zaman pada manusia, di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. ULAMAnya akan menjadi wujud PALING BURUK di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga” (Baihaqi).
PETIKAN: MENGANGKASA REVOLUSI MELAYU DAN ORDER DUNIA BARU
Post A Comment:
0 comments: