Memang tajuk ayat kat atas tu 'famous giler', kan? Semua orang mengaku dia biasa dengar. Tapi setakat dengar, belum tentu tau, setakat tau belum tentu faham, setakat faham pula belum tentu dapat menghayatinya, setakat menghayati pula belum tentu dapat melaksanakan? Ramai yang mengaji, tapi tidak pernah mengkaji. Diberi iman dan akal tetapi letak di lutut?

Ayat tersebut kalau dilihat memang simple sahaja kan? Tapi berapa orang kah yang dapat benar-benar menafsirkan apa yang tersurat dan tersirat di sebaliknya?

Masalahnya pula dikhuatiri terlalu ramai yang salah menafsir atau langsung tidak peduli kannya. Apatah lagi kalau kita teliti tentang kaedah orang dulu-dulu menutur kan kata dan bicara, tajuk nya memang simple tapi maksudnya mendalam. Untuk mendapat confirmation dan kepastian elok lah kita tanya sendiri dengan Tuan Datok Laksamana yang menutur kan ayat tersebut.

SOALAN : Hendak tahu tidak apa sebenarnya pesanan yang hendak disampaikan di dalam kata hikmat tersebut?

Jawapan dari Laksamana:

Pesanan tersebut yang telah saya tinggalkan sebenarnya adalah ayat kata kunci yang sekira nya difahami dengan benar dan sesungguh-sungguhnya pasti akan dapat mengembalikan semula umat manusia Melayu seperti mana yang telah berlaku pada zaman kegemilangan Kerajaan Islam Nusantara antaranya Pasai,Siak, Perlak, Samudera dan Melaka sebelum kejatuhan. Kerana di dalam nya ada rahsia ruh Islam asal yang telah melahirkan 'NUR' bagi sekelian umat agar menjadi hamba Allah yang pasti mendapat restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keberkatan, keredhaan, kasih sayang dan perlindungan dari yang Maha Esa.

SOALAN : Bukti nya?

Jawapan dari Laksamana :

Bukti nya mudah sahaja, kalau betul lah tafsiran ayat tersebut pasti lah kita tak nampak masalah umat hari ni yang begitu meruncing, hilang ketenangan, tidak bahagia, hidup penuh dengan pura-pura, hasad, dengki, khianat, loba, tamak, riak dan takbur menjadi pakaian mereka.
Sebab sudah terlalu teruk lah maka rahmat Allah telah diangkat, maka berlakulah segala malapetaka, wabak penyakit, dan lain-lain. Jika tidak percaya tengok sahajalah yang jantung berlubang, kanser, hisap dadah, black metal, masalah sosial, banjir, tanah runtuh, sumbang muhrim, kemalangan maut dan macam-macam lagi yang berlaku di sana-sini. Kalaulah kita hidup dalam keadaan benar dan mendapat keredhaan, agak-agak perkara-perkara tersebut berlaku tidak? Orang dulu-dulu anak ramai berbelas-belas, tetapi mereka mampu sara. Zaman hari ni gaji ribu-ribu, bunyinya banyak, tapi hutang keliling pinggang, sudah lah tidak cukup, hilang pula ketenangan, suami isteri bergaduh siang malam, anak-anak semua jadi tonggang langgang hingga bercerai-berai. Bukankah itu tanda bahawa hidup mereka tidak mendapat restu, pimpinan petunjuk, kerahmatan, keberkatan, keredhaan dan kasihsayang Allah SWT? Janganlah awak mengangguk macam burung belatuk tapi kerana terpaksa. Saya tidak kata saya betul, tapi jika salah atau silap awak tolong perbetulkan. Mungkin kata-kata saya agak 'direct', tetapi saya hanya menyatakan KEBENARAN walaupun pahit untuk ditelan.

SOALAN : Maksudnya?

Jawapan dari Laksamana :

Sebenarnya, apa yang saya maksudkan tentang ayat tu adalah "tidakkah Melayu hilang dek kerana mabuk & lalai dengan dunia?". Jika awak tidak percaya awak lihatlah kenyataannya yang dapat dilihat pada hari ini. Bukankah Melayu ini hanyut, lalai, rosak, binasa kerana berebut tamak akan dunia? Ayat itu sebenarnya sebagai peringatan atau amaran, bahawa kalau Umat Melayu hendak kembali Cemerlang, Gemilang dan Terbilang haruslah tidak leka, lalai dan alpa dengan gila, mabuk dunia sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi nafsu serakah? Tidak mengenal diri, Allah SWT, Rasul? Yang saya cakap lain, yang dia buat lain. Yang saya maksudkan lain, yang difahamkannya lain pula tetapi berlagak macam konon-konon faham! Betul tak? Memanglah alim yang nampak pada zahir atau luaran, tapi pada hakikatnya tidak alim. Buat sesuatu kerana mengharapkan suatu, yang solat nak syurga, bila berdoa mintak macam-macam ikut suka hati dia seolah-olah Allah SWT tu pulak hamba suruhan dia.

Tidak sedar bahawa sebenarnya siapa DIA dan siapa kita? Bukankah sepatutnya kita ni hamba Allah SWT? Jika tidak ikhlas macamana Allah SWT hendak terima kita? Itu lah sebab nya Muhammad SAW tidak mengambil upah; tapi pemimpin agung? Mana ada gaji, elaun, komputer, handphone, pejabat. Dan sebab itu lah Muhammad SAW berjaya, kerana Baginda bergantung sepenuhnya pada Allah SWT dan tidak pada alat atau makhluk. Hari ni manusia bertuhan kan nafsu, akal, kehebatan, ijazah segulung, rumah, kereta dan segala kebendaan.Tidak ada gaji, upah dan kepentingan tidak hendak buat. makin naik gaji makin sombong. Makin leka dan lalai, keikhlasan dah langsung hilang. Bukankah sepatutnya "Inna Sola ti, wanu suki, wamahyaya, wamama ti.....lillahiRabil alamin?" Lain yang Allah SWT suruh, lain yang kita buat. Dalam kepala hotak yang dibesarkan selain Allah SWT, mana hidup nak BENAR. Muhammad SAW pun tidak pernah mengaku dia guru, murshid, mahaguru tetapi hanya mengaku sebagai MUHAMMADAN ABDUHU WARASULUH? (Muhammad sebagai hamba dan pesuruhNYA). Pun tidak sibuk gila wang, harta, pangkat, title, kemegahan, riak, sombong, gaji, elaun, rumah besar, takhta dan lain-lain. Kerana itulah Baginda diiktiraf sebagai kekasih Allah SWT.

Maka contohilah seperti mana Ibrahim Adham, Iskandar Zulqarnain dan Sahabat nabi yang bernama Uwais Al Qarni yang sangat terkenal di langit tapi tidak dibumi sedangkan beliau hanya seorang pengembala kambing sahaja. Nabi dan para sahabat dulu menjanakan kekayaan sehingga memang Islam sangat kaya, tapi tidak pada diri individu, kekayaan diserahkan ke Baitul mal, di kongsi bersama dan diagihkan sama rata sehingga tidak ada perbezaan di antara manusia, tiada darjat dan pangkat. Semuanya hanya hamba Allah SWT yang BENAR di 'mata' Allah SWT. Kekayaan tidak di monopoli hanya oleh golongan-golongan atau kalangan-kalangan yang tertentu sahaja. Tidak mementingkan dan membesarkan diri, tapi kebesaran Allah SWT yang jadi keutamaan hidup. Yang mana lebih penting? Hidup diiktiraf dan dimuliakan Allah SWT, walau pun hina-dina di mata manusia ATAU dipandang mulia di mata manusia tapi hina di pandangan Allah SWT

Bukan kah orang tua-tua sudah berpesan : " Dimana bumi dipijak, maka di situlah langit dijunjung?". Bukan berapa lama kita hidup, tetapi berapa banyak kah yang telah kita pelajari dari 'hidup' yang telah kita lalui. Tetapi, juga bukan berapa banyak yang telah kita pelajari, tetapi berapa banyak yang dapat kita guna dan praktik kan dalam apa yang telah kita pelajari, tetapi bukan berapa banyak yang kita guna dan praktik dalam hidup, tetapi berapa banyak manfaat yang kita dapat dalam mengubah diri kita menjadi 'hamba Allah SWT' atau insan yang benar disisi Allah SWT dan diiktiraf kebenaran nya oleh Allah SWT. Menjadi kekasih Allah SWT dan dicintai Allah SWT sepertimana semua kekasih-kekasih-Nya yang terdahulu?

Maksudnya:
1. Tidakkah apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari semakin jauh kerana kita kejar dia?Tetapi kalau kita kejar Akhirat, sebaliknya dunia pun 'package' ikut sekali?
2. Ayat di atas itu pun dah jelas suruh meletakkan dunia di bawah tapak kaki kita suruh kita pijak, dan disuruh menjunjung akhirat seperti mana menjunjung kebenaran yang hakiki?
3. Bukan kah dimana ada semut maka disitu ada gula? Tetapi adakah semut itu mati kerana gula? Itulah ibaratnya manusia yang gila mabuk dunia, gila pangkat, harta,wanita, takhta? Itu lah yang telah berlaku sepertimana zaman saya. Melaka jatuh sebab Sultan sudah melanggar sumpahan yang dibuat oleh nenek moyang dia sendiri. Kalau Sultan Benar, pasti lah dia berdaulat dan tidak Allah SWT jatuhkan. Tetapi, jika sebaliknya? Kalau nak faham kebenaran nya awak rujuklah dalam kitab Hikayat Melayu. Melaka jatuh bukan kerana Melaka lemah, tapi kerana dah hilang BENARnya, maka hilanglah restu, pimpinan, petunjuk, kerahmatan, keberkatan, keredhaan, kasihsayang dan perlindungan Allah SWT. Maka meranalah seluruh umat melayu selama 7 keturunan. Awak pergi rujuk semula dan kaji sejarah lama, awak akan dapati bahawa daripada awal kerajaan Pasai, Samudera, Siak, Patani dan seluruh kerajaan nya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang kerana dari level Sultan, pembesar kerajaan dan rakyat jelata nya adalah pengamal jalan kewalian asal sepertimana yang dibawa oleh Muhammad SAW sehingga lah kepada Sultan Melaka terakhir. hapus punah. Disebab kan terlalu mewah dan tidak benar maka hilanglah Daulat Melayu, maka berlaku lah satu tragedi yang paling malang kepada Umat Melayu dan Kerajaan Islam di seluruh Nusantara. Kesimpulannya, betul tak yang tafsiran ayat saya sebenarnya adalah : "Tak ke melayu hilang dek kerana mabuk & lalai dengan dunia?"

SOALAN : Kenapa sekarang Tuan baru tampil untuk menjelaskan?

Jawapan dari Laksamana :

1. Kerana tempoh sumpahan melaka selama 7 keturunan telah tamat tempohnya. Dan saya hanya boleh kembali setelah tamat tempoh mengikut perjanjian asal. sepertimana yang tercatat didalam Hikayat Melayu dan apabila tempoh tersebut telah tiba maka akan lenyap lah segala kebatilan dan akan datang lah segala yang hak (BENAR). Maksudnya segala yang tertutup akan terbuka, pembohongan akan terbongkar, rahsia akan tersingkap, ini lah zaman nya! Banyak lagi perkara aneh dan pelik akan dapat kita lihat dan dengar pada zaman mutakhir ini, perbuatan yang baik akan disegerakan pembalasannya, begitu juga sebaliknya bila melakukan perbuatan jahat, juga akan dibalas 'tunai'. Maka gunakan lah 'mata hati', telek lah diri, baiki lah peribadi, sucikanlah hati & carilah cinta kasih Maha Agung yang kekal & abadi

"Bersumpah berteguh janji" - Maka sembah Demang Lebar Daun, "Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, "Apa janji paman hendakdiperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi."

Maka titah Seri Teri Buana,"Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia." Maka titah Seri Teri Buana, "Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah Baginda, "Barangsiapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki di atas." Maka sembah Demang Lebar Daun, "Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, jikalau sebagaimana sekalianpun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa."
Itupun saya tak boleh declare sebarangan sebab

                               1. Takut orang tak faham.
                               2. Sebab dikhuatiri akan mendatang kan fitnah.

Kecuali lah jika mereka yang  ahli kasyaf dan mengenal aje yang kenal saya. sebab ROH saya ROH lama tapi  jasad yang baru. Kan ke jasad kita ni hanya sarung yang bila mati kena tanam.  ROH dah meninggalkan jasad., iu sebab lah orang kata dah mati. Lagi pun tak  ada yang nak disibuk dan banggakan, hidup ni kan tak kekal? Memanglah jawapan  saya ini pada zahirnya pelik dan ramai yang tidak tercapai akal untuk  menerimanya, tapi yang penting benar bagi Allah SWT walau pun tidak betul bagi  pandangan manusia? orang yang gila mabuk cinta mencari keredhaan Allah SWT tu  pasti.(tapi kalau nak faham buat lah solat sunat taubat, hajat & istikharah  mohon agar Allah tunjuk kan kebenaran & fahamkan. Insyallah!).

2. Roh Keris Taming Sari dah muncul kembali setelah cukup tempoh pertapaannya
Saya diminta membawa kembali kebenaran sepertimana dalam Kitab Duril Mazlum agar yang batil akan lenyap sepertimana yang telah dijanjikan. Syaratnya hendak lah sekelian umat melayu kembalikan ROH diri, mengenal diri sebenar-benar kenal seperti mana ayat :

                     1." Awaluddin Makrifatullah, seawal agama mengenal Allah.".
                     2. Kata2 hikmat Saidina Ali : "Telek diri kamu rata2, baru kamu mengenal tuhan yang nyata".

Melengkapkan kembali perlaksanaan Islam agar Umat tidak hanya bergantung semata-mata pada Syariat (amalan jasadi - Rukun Islam yang lima). Tetapi lengkap dengan Tarikat, Hakikat dan Makrifah nya kepada Allah SWT. Kenal sebenar-benar kenal. Tidak kah bila ada jasad pasti kita ada roh, dan yang akan kembali kepada Allah SWT bukannya jasad tetapi roh yang sebenar benar mengenal Allah! Tidak kah Nabi SAW membawa 4 perkara tersebut diatas? Syariat ini ibarat nya sekolah tadika, tarikat itu ibaratnya sekolah rendah, hakikat itu ibaratnya sekolah menengah dan makrifah itu ibaratnya peringkat universiti. Ianya adalah proses bagi peningkatan roh dari satu tahap ke satu tahap sehingga diterima dan diiktiraf Allah SWT

3. Hendak cari ilmu yang BENAR pula kenalah berguru dengan orang yang BENAR, biasanya orang panggil guru yang mursyid. Ulama kan ada berjenis-jenis. Ada yang diiktiraf oleh manusia tapi tidak oleh Allah SWT, ada pula ulama yang diiktiraf oleh Allah SWT tetapi tak terkenal pula dikalangan manusia. Ulama jenis nombor 2 yang payah nak jumpa dan payah nak cari, kerana mereka tidak suka menunjuk-nunjuk dan tidak mencari nama, wang ringgit atau kemegahan, yang ada hanya keikhlasan mereka semata-mata sebagai hamba Allah SWT. Mereka pula tidak mengaku diri mereka tu hebat ke, pandai ke, tau ke jika nak jumpa orang yang macam ni, yang utama niat hati kita hendaklah ikhlas, sabar & benar terhadap Allah SWT terlebih dahulu. Hendaklah sungguh-sungguh mujahadah dan munajat kepada Allah SWT mohon agar Allah SWT tunjukkan kepada kita. Sentiasalah yakin dan berbaik sangka pada Allah SWT! Insyallah, pasti Allah SWT akan tunjukkan. Tetapi sebaliknya kalau hati masih kotor dan penuh dengan sifat hasad, dengki, khianat, loba, tamak, riak & takbur, macamana nak bertemu KEBENARAN? Kan Allah SWT kata DIA tak telek jasad dan luaran kita, tapi yang ditelek adalah HATI kita?

Maka mulakan lah dengan asas, betul kan solat, solat kan wajib? Bukan kan kah 'Inna solat tatanha anil fah sya 'iwal mungkar'? Maksud tafsiran nya, jika BENAR solat kita, maka pasti akan BENAR lah hidup kita. Sentiasa dalam keadaan tenang, bahagia dan pasti akan menghindarkan diri kita daripada segala perkara yang negatif zahir batin, awal dan akhir? Melenyapkan segala penyakit 'mental', 'spiritual' dan 'fizikal' yang wujud pada diri kita?
Contohnya dengan solat yang BENAR mampu menghindar dan merawat diri kita dari penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, barah dan lain-lain. Pendekata solat Allah SWT wujudkan sebagai kaedah yang menyeluruh untuk merawat segala penyakit dalam kehidupan manusia. (Total life solution).

4. Sebenarnya bukan saya seorang yang kena kembali semula menyelesaikan hal urusan Umat ni, tapi semua yang terlibat awal sebelum kejatuhan melaka semua kena datang semula dan diwujudkan untuk menebus dan memperbetulkan semua kesalahan dan kesilapan lalu. Siapa yang buat pasti kena tanggung, dan jika dah tanggung pasti kena jawab. Bukan kah perjanjian Allah SWT bahawa setiap yang buruk dan baik itu pasti akan di hisab atau diperhitung dan dibalas. Buat baik dapat lah baik kalau buat jahat, sendiri ingatlah sendiri, betul?

SOALAN : Jadi, persoalan nya bagaimana pula untuk mengenal diri?

Jawapan dari Laksamana :

Betul belum tentu benar, suka belum tentu kasih, kasih tidak semesti cinta, cinta tidak semestinya sayang. bukankah semua tu berbeza. Bunyinya macam sama kan? Maka untuk mengenal diri hendak lah kembali ke kunci asal (Roh Islam asal) yang telah di bawa oleh Muhammad SAW. Tidak kah kita lihat bahawa sejarah Muhammad SAW lahir sewaktu zaman jahiliyah, seluruh umat manusia sedang sakit tenat. Tetapi diturunkan di Mekah bukan di tempat lain kerana Bangsa Arab adalah Bangsa paling teruk, ganas, jahat. Jadi kalau yang paling teruk pun boleh 'repair', yang lain insyallah, mudah lah .

Memang mereka kaya, mewah, ada ugama, tapi masalahnya tak benar? Yang paling best nya Orang yang Allah SWT pilih hendak baiki dan bawa risalah pula 'ummi', maksudnya tak reti tulis dan baca, hapah pun tak tau. anak yatim piatu, miskin pulak tu tetapi akhirnya sejarah membuktikan dengan kaedah yang Allah SWT anugerahkan pada baginda telah mengubah seluruh umat. Bayangkan orang yang macam Saidina Umar RA yang paling jahat pun boleh berubah jadi sebaik-baik manusia? Umat Arab jahiliyah boleh berubah menjadi sebaik-baik umat, tak magik ke?

Sebaliknya hari ini umat manusia telah kembali semula ke zaman jahiliyah sepertimana yang diisyaratkan oleh Nabi kita dulu. pembunuhan setiap hari, bunuh dan buang bayi, merompak, menyamun, bangunan roboh, tanah runtuh, banjir, selsema burung, dadah, rasuah dan lain-lain. Kalau nak senarai tak cukup kertas, agak nya!. Memang konon katanya kita hidup zaman moden, sekolah tinggi banyak, kitab banyak , ustaz banyak, hospital banyak, teknologi tinggi tetapi semua masalah tidak pernah selesai malah bertambah banyak? Teknik macam-macam, tindakan macam-macam, duit dah habis banyak tetapi sia2-sia sahaja, betul tidak? Sebab selagi kita tidak menjalankan segala teknik yang BENAR, yang telah ditunjuk & dianugerah kan Allah SWT kepada Muhammad SAW maka akan buntulah jadinya, malah akan makin rosak seperti tikus membaiki labu? Imam Malik RA pernah berpesan :" Tidak akan baik Umat pada satu-satu zaman itu selagi mereka tidak menjalankan urusan sepertimana yang telah dijalankan oleh umat terdahulu.". Kan dah jelas? Memang soalan awak tentang mengenal diri tu bagus tapi saya belum nak jawap. Lain kali sahajalah. Biar saya rujuk dulu dengan Allah SWT sebab ilmu tu pun Allah SWT yang punya. Kalau Allah SWT izin insyallah kita sambung.
Awak pun buatlah dulu sunat taubat, istikharah dan hajat mohon petunjuk untuk mengesahkan dari Allah SWT samaada kata-kata saya BENAR bagi Allah SWt atau sebaliknya, sebab saya pun makhluk macam awak juga. Apa yang saya cakap takat dengar boleh, tetapi tidak semestinya boleh kamu pakai. Moga Allah SWT izinkan kita bertemu lagi. Kita kan hanya hamba-Nya yang lemah, apa pun boleh kita rancang, tapi kena ingat yang kuasa penentuan bukan ditangan kita. Seperti mana ayat yang saya pernah lafazkan "Apakan daya...tangan terikat di langit...kaki terpasak di bumi...jasad tidak setanding mimpi...". Memanglah nasib manusia boleh diubah dengan berusaha, ikhtiar,doa dan tawakkal, tapi ketentuan terserah lah pada Allah SWT, Insyaallah.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: