SHAH ALAM – Pelbagai reaksi dari pemimpin pembangkang ekoran pemecatan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dari Pas.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata, kedudukan Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri hanya akan dibincangkan selepas Pas menyerahkan notis rasmi berhubung pemecatan itu kepada kerajaan negeri Selangor.
“Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali,” kata Teresa.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah menjangkakan pemecatan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali daripada Pas berikutan kenyataan terbuka yang bertentangan dan sering membuat tindakan yang membelakangi keputusan parti.
Menurut beliau ” pemecatan Hasan Ali memang sudah dijangkakan kerana kenyataan yang dikeluarkan selama ini kebanyakannya bercanggah dan tidak menepati dasar polisi PR dan juga Pas sendiri,”.
Mengenai kedudukan Hasan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie berkata, perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.
Mengulas isu sama, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berpendapat , tindakan Pas memecat Hasan adalah wajar dan tepat demi kebaikkan parti tersebut. Bagaimanapun hubungan DAP dan Pas tidak terjejas, ianya kekal seperti biasa.
Post A Comment:
0 comments: