Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat


Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran

NI PULAK MAHASISWA YANG ADA DI MALAYSIA TAK KISAH PASAL PELAJAR...TAPI KISAH PASAL STOR KUNYIT ANWAR IBRAHIM SAHAJA...MALAYSIA AKAN KETANDUSAN PELAJAR2 YANG BERKALIBER..

Sekitar Senario Adam Adli dan Mahasiswa serta Pelajar di UPSI dalam Demo BEBAS tahun baru 1hb Januari 2012

Adam Adli dan Mahasiswa yang berdemo telah di suraikan oleh Pegawai Polis dan anggota FRU.

Berlaku kekecohan ketika Pihak Polis dan FRU cuba meleraikan dan menahan Mahasiswa yang terlibat sehingga ada yang cedera.

Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

2 comments:

  1. Salam. Gua dah link blog anda pada blog gua. Harap anda boleh link blog gua pada blog ini. Semoga ia menjadi satu sokongan dan dorongan untuk gua terus menulis. heheehe..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum....
    baik tokguru...no problem, kami akan lakukannya...

    BalasPadam