KUALA LUMPUR, 9 JAN : Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, MohdSaiful Bukhari Azlan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi apabila membebaskan bekas majikannya itu daripada tuduhan kesliwat yang dibuatnya tiga tahun lalu.

Bagaimanapun Mohd Saiful berkata, beliau yakin kebenaran berhubung dakwaannya itu akan tiba.

"Tidak di dunia, namun di (Padang) Masyar (akhirat) pasti.

"(Saya) redha dengan ketentuanNya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dansabar," katanya yang dipetik menerusi twitter miliknya.

Mahkamah pada Isnin membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun dahulu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: