Penulis berpendapat, tindakan sesetengah pihak menghalang AG dari mengemukakan rayuan ke peringkat lebih tinggi adalah tindakan kurang matang dan tidak berasaskan keadilan.

Anwar sendiri dalam kes ini sahaja telah mengemukakan pelbagai jenis rayuan sehingga ke tahap Mahkamah Persekutuan dengan tidak dihalang sesiapa walaupun dalam masa yang sama ramai dikalangan kita berpendapat kerajaan bersuhabat disebalik plot untuk menganiyai dirinya.

Sedangkan AG nak kemukakan satu rayuan pun nak dihalang?

Hujah ini sahaja kalau digunakan penyokong UMNO pasti akan mencemar imej Pakatan Rakyat dan
Anwar sendiri kerana kononnya cuba menafikan hak Saiful mendapatkan keadilan kepada dirinya.

Sekarang pun sudah banyak pihak mempertikai kewibawaan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan keadilan bila Majlis Peguam (yang diketahui pro Pakatan Rakyat) menggesa AG tidak mengemukakan rayuan.

Biarkanlah proses keadilan ini berjalan kerana sistem keadilan di Malaysia sudah terbukti tidak dikuasai politik seperti mana sangkaan banyak pihak (melalui pembebasan Anwar), seperti dikatakan ketua pembelaan Anwar, Karpal Singh.

Apatah lagi bila Datuk Seri Anwar sendiri tidak gentar untuk berhadapan dengan proses rayuan seperti dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini

Apatah lagi bila Datuk Seri Anwar sendiri tidak gentar untuk berhadapan dengan proses rayuan seperti dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini

RAYUAN KES LIWAT: BIARLAH PROSES KEADILAN BERJALAN

MACAM-macam respon yang penulis terima lanjutan dari keputusan Peguam Negara (AG), Tan Sri Ghani Patail untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan Hakim Zabidi Md Diah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012.


Majoriti daripada respon tersebut bersifat negatif. Malah, penulis percaya PKR sendiri tidak boleh menerima keputusan tersebut apabila lidah rasminya, Keadilan Daily

menyiarkan kenyataan peguam Sankara Nair dibawah tajuk “Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik terhadap Anwar- peguam”

Soalnya sekarang apa yang masalah sangat dengan AG nak buat rayuan?

Kalau kita yakin Anwar tak bersalah, apa masalah dengan membuat rayuan? Kalau di Mahkamah Tinggi tidak bersalah, besar kemungkinan di M

ahkamah Rayuan juga tidak bersalah!! Apatah lagi bila, keraguan Hakim Datuk Zabidi Md Diah yang mendorong kepada pembebasan Anwar ialah persoalan fakta dan bukti, bukan terkhilaf dalam membuat tafsiran seperti dalam kes Karpal Singh menghina Sultan Perak.

Melainkan pihak pendakwaan mampu mengemukakan bukti dan hujah kukuh menafikan pendapat Hakim Zabidi, maka peluang Anwar untuk benar-benar dibebaskan akan menjadi lebih cerah.

Penulis berpendapat, tindakan sesetengah pihak menghalang AG dari mengemukakan rayuan ke peringkat lebih tinggi adalah tindakan kurang matang dan tidak berasaskan keadilan.

Anwar sendiri dalam kes ini sahaja telah mengemukakan pelbagai jenis rayuan sehingga ke tahap Mahkamah Persekutuan dengan tidak dihalang sesiapa walaupun dalam masa yang sama ramai dikalangan kita berpendapat kerajaan bersuhabat disebalik plot untuk menganiyai dirinya.

Sedangkan AG nak kemukakan satu rayuan pun nak dihalang?

Hujah ini sahaja kalau digunakan penyokong UMNO pasti akan mencemar imej Pakatan Rakyat dan Anwar sendiri kerana kononnya cuba menafikan hak Saiful mendapatkan keadilan kepada dirinya. Sekarang pun sudah banyak pihak mempertikai kewibawaan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan keadilan bila Majlis Peguam (yang diketahui pro Pakatan Rakyat) menggesa AG tidak mengemukakan rayuan.

Biarkanlah proses keadilan ini berjalan kerana sistem keadilan di Malaysia sudah terbukti tidak dikuasai politik seperti mana sangkaan banyak pihak (melalui pembebasan Anwar), seperti dikatakan ketua pembelaan Anwar, Karpal Singh.

Apatah lagi bila Datuk Seri Anwar sendiri tidak gentar untuk berhadapan dengan proses rayuan seperti dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Short URL: http://www.freemalaysiakini.com/?p=13055
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: