MENURUT LAPORAN MEDIA AUSTRALIA Australia's Worst Journalist
REPORTER YG FITNAH DS ROSMAH DGN TUDUHAN SHOPPING RM350K TU DICATAT SBG "AUSTRALIAN WORST JOURNALIST" IAITU KOLUMNIS GOSIP DGN LPRN PUTARBELIT & PMBOHONGAN! DGR KABOR, DIA JUGE "OPENLY GAY TRANSSEXUAL? UTK PENJELASAN LANJUT, RUJUKAN DI BAWAH INI.ORG MCM NI KAUM PARASITUS KALKATUS
Pereka Australia Sahkan Media Pakatan Fitnah RosmahKenapa pakatan begitu hadap sangat dengan berita gosip hingga menjadikan berita utama untuk fitnah isteri PM.
Kalau benci sekali pun pada Ds Rosmah carilah fakta yang betul,bila dah kantoi macam ni siapa yang malu? Malaysiakini dah berpuluh kali kantoi berbohong,propa kamu dah overkill kemudian bunuh kredibeliti diri sendiri. Tidakkah bodoh namanya.
Style Malaysiakini cuma ada 2,kalau tak fitnah mereka akan jadi batu api lagakan orang lain.Bila dah terjadi isu besar hingga dibawa ke mahkamah,artikel dipadam dan Malaysiakini cuci tangan berlagak seolah olah nothing happen.Korang tengoklah isu NFC,semua artikel fitnah dipadam selepas Shahrizat saman Zuraida dan Rafizi.
Kalau tak fitnah kenapa buang artikel?
Yang jadi wartawan Malaysiakini gaji dibayar 7-8 ribu sebulan, itukah nilai untuk membuat fitnah terhadap orang lain?
Pereka Australia, Carl Kapp pada Rabu membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.
Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.
"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.
"Pihak Datin Seri rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai.
"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.
Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.
Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.
"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.
"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.-Mstar
Post A Comment:
0 comments: