Anwar Kata Malaysia Pinjam Bank Dunia Tahun 1999 , Data IMF tunjuk 'NONE' ? Siapa yang Menipu? Anwar atau IMF?

Dalam 'press conference' pada hari Ahad (18/12/2011) , Tun Mahathir menjelaskan beliau telah menolak pinjaman dari Bank Dunia pada tahun 1999 untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Wakil Bank Dunia yang telah datang untuk betemu dengan Tun Mahathir pada masa itu mencadangkan beberapa perkara. Tan Sri Nor Mohd Yakop yang kebetulan ada di sidang akhbar menjelaskan seperti berikut;

"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi."


Iaitu sekiranya Tun Mahathir menerima bantuan dana untuk berdepan dengan krisis kewangan 1999, maka perkara2 yang dinyatakan di atas terpaksa di laksana oleh kerajaan.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar pada 23-25 Sept 1997, di Hong Kong (link teks ucapan penuh)



Petikan ucapan di atas jelas menunjukkan sokongan Anwar supaya negara2 mematuhi 'peraturan antarabangsa' dalam pengurusan kewangan mereka. Dalam erti kata yang mudah sekiranya sesebuah negara meminjam dengan Bank Dunia / IMF maka negara itu perlu mematuhi 'peraturan antarabangsa' Contoh 'peraturan antarabangsa' adalah seperti yang dijelaskan dalam sidang media yg dihadiri Tun Mahathir dan Tan Sri Nor Mohd Yakop.

Berikut adalah ucapan Dato Mustafa Mohd pada 6-8 Oct 1998 yang mencadangkan pinjaman daripada peminjam antarabangsa seperti IMF adalah pilihan yang paling akhir. (link teks ucapan penuh)



Pada tahun 1999 , Dato Mustafa Mohd, pada persidangan yang sama pada 28-30 Sept 2011 telah berucap menyatakan walau telah dikritik hebat Malaysia masih berjaya mengekang kemelut ekonomi dalam negara. (link teks ucapan penuh)



Menurut Harakah.Daily , Tun Mahathir telah menandatangani perjanjian dengan Bank Dunia pada 31 Mac 1999. Berikut adalah sumber yang diperoleh dari laman web IMF mengenai kedudukan kewangan negara Malaysia pada 31 December 1999 . sumber



Berikut pula adalah kedudukan negara Indonesia dan Thailand yang kita tahu mengambil pakej pinjaman dari IMF sumber indonesia sumber Thailand





Cuba perhatikan pada bahagian IV, iaitu 'Outstanding Purchases and Loans' . Untuk negara Malaysia untuk data 31 Dec 1999 , tertulis 'NONE' dan untuk negara Indonesia dan Thailand jelas menunjukkan data2 pada bahagian IV.

Sekarang timbul persoalan dokumen perjanjian hutang apa yang puak-puak PKR dedahkan dalam sidang akhbar mereka ? Dr.M tandatangan perjanjian hutang pada Mac 1999 , tetapi kenapa tiada data ditunjukkan pada Dec 1999? Apakah spin puak2 pakatan Penipu Rakyat sekarang?





DR. Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai selepas majlis perasmian Multaqa Wedatul Ummah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

TASEK GELUGOR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.
Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

TQUTUSAN
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: