Setelah berlakunya insiden serbuan Gereja di Damansara Utama, pelbagai pihak khususnya umat Islam dinegara ini tertanya-tanya apakah peranan yang telah dimainkan oleh Agensi Zakat Selangor atau Lembaga Zakat Selangor. Kesedaran yang tinggi kepada peniaga-peniaga, ahli Koperat dan orang perseorang di Negeri Selangor telah menlonjakkan kutipan setiap tahun. Para cendikiawan agama atau ulamak juga sering mengingatkan bahawa zakat itu wajib diagihkan mengikut 8 asnaf seperti yamg telah termaktub didalam Al-Quran. Bagaimanapun orang ramai masih tertanya-tanya mengapakah pembelaan terhadap ibu tunggal, ibu tinggal, warga terlantar, orang miskin, musafir dan lain-lain asnaf masih gagal dilaksanakan dengan berkesan. Saya yakin dan percaya sebilangan besar pembayar-pembayar zakat mengharapkan agar Lembaga Zakat Selangor lebih proaktif khususnya membela fakir miskin, orang terlantar, anak yatim lebih utama agar mereka semua mendapat kebarokahan diatas melaksanakan perlakuan megeluarkan zakat. Kes atau isu agama lain yang ingin membantu umat Islam dinegara ini sepatutnya dikawal selia oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan tidak langsung terus kepada penerima kalau memang benar-benar mereka prihatin terhadap keperitan hidup rakyat di negara ini. Semoga coretan ini mendapat respond yang baik dari rakan-rakan pembaca....Insyallah.

Post A Comment:
0 comments: