
Mungkin ramai dari kalangan kita yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa suatu masa dahulu sudah ada usaha atau idealisme untuk menubuhkan sebuah Negara atau Republik Komunis Malaya oleh PKM [Parti Komunis Malaya].
Oleh kerana kita semua tidak membaca atau menghayati sejarah perjuangan bangsa, maka kita mudah terkeliru dengan dakyah musuh-musuh kita yang sememangnya suka memutar belitkan sejarah.
Mereka juga terlupa atau telah buat-buat lupa bahawa British pernah mengiktiraf PKM pada tahun 1942.
Mereka jangan lupa bahawa mereka juga pernah dibekalkan oleh tentera British yang berpengkalan di
Semua bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun.
Setelah tentera Jepun kalah perang, tentera British kembali ke Tanah Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan memulangkan semula semua kelengkapan yang pernah diberikan untuk menentang Jepun sebelumnya, tetapi sayap bersenjata PKM enggan .Ini adalah kerana agenda besar mereka adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Komunis di Tanah Melayu masih belum tercapai.
Maka , sejak dari itu bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu.
PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agungnya, memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960.
Konfrontasi tamat pada tahun 1966 dan tentera British berundur dari
Perlu di ingat , antara tahun 1942 hingga 1945, MPAJA sudah mempunyai ahli seramai 4 hingga 5 ribu orang. Di saat inilah juga PKM melalui MPAJA telah menggerakkan agenda besar sebenar mereka untuk menubuhkan sebuah Negara Komunis dengan berselindung di sebalik perjuangan menentang tentera Jepun untuk menarik sokongan orang melayu agar menyokong mereka padahal itu bukan matlamat sebenar mereka.
Jangan kita lupa bahawa selepas British kalah dan di era pendudukan Jepun , lebih daripada 10 ribu nyawa yang terkorban angkara MPAJA dan PKM. Itu angka yang dicatatkan dan dilaporkan, angka yang sebenar mungkin lebih banyak. Kekejaman mereka berakhir dengan kembalinya British ke Tanah Melayu dan membawa idea Malayan Union.
Pejuang bangsa ketika itu sebenarnya menghadapi dua rintangan dan cabaran yang besar iaitu dalam menentang Malayan Union dan dalam masa yang sama menentang PKM dan MPAJA.
Sejarah nampaknya kini berulang bagi mereka yang sudah nampak akan permainan tangan-tangan ghaib di bumi Melayu yang bertuah ini!
Ingat, permainan mereka dulu telah berjaya menjadikan Temasek iaitu sebahagian dari Tanah Melayu sebagai Nan Yang , sebuah Negara Cina Baru atau Negara Cina Seberang Laut. Parti PAP Singapura berjaya mengklonkan legasi mereka di tanah melayu, walaupun nama parti berlainan tetapi matlamat mereka adalah sama! Mengapa orang melayu-islam tidak nampak atau sengaja tidak mahu ambil peduli tentang perkara ini?
Permainan mereka kali ini belum mencapai target mereka yang sebenar iaitu untuk menjadikan seluruh tanah melayu ini milik mereka, walaupun Pulau Ka-Satu atau "
Minta dijauhkan oleh Allah SWT akan usaha-usaha ke arah menghidupkan semula Republic Communist Of Malaya atau Negara Nan Yang ke-2 selepas Temasek. Semoga bangsa melayu-islam kita tidak menyokong atau memilih perjuangan cara komunis ini.
Saya terjumpa satu artikel menarik yang ditulis oleh Mokhtar Petah dalam manuskrip bukunya, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh yang mengatakan bahawa dulu Mufti Mesir pernah berfatwa bahawa sesiapa yang menerima ajaran Komunis ini maka ia dikira murtad! Baca tulisan beliau dibawah :
.... Pada satu hari aku telah terjumpa
’Punca atau ibu komunis itu ialah di tanah Rusia dan dari sanalah menjalar ke benua China ke India dan juga ke Eropah dan dari situ menjalar pula ke negeri-negeri Islam seperti, Mesir, Turki, Farsi (Iran), dan negeri-negeri sekelilingnya akan tetapi benih itu tidak dapat hidup dengan suburnya di negeri-negeri Islam oleh kerana sangat-sangat berlawanan dengan agama al Quran – oleh itu Mufti Mesir dengan persetujuan ulama-ulama Azhar (Universiti al Azhar) memfatwakan bahawa barang siapa yang menerima atau membenarkan ajaran komunis maka sanya ia telah murtad (keluar dari agama Islam).....
Artikel penuh http://
Post A Comment:
0 comments: