
KOTA BHARU - Sejak beberapa hari lalu media melaporkan mengenai penderitaan keluarga yang tinggal di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa dekat sini.
Penderitaan, kesengsaraan dan keperitaan itu yang dapat digambarkan daripada laporan-laporan media terbabit.
Ada yang menggambarkan kawasan tersebut seperti medan perang dengan keadaan yang berselerak dan becak, hanyir dan kehidupan yang tidak bertamadun.
Seorang penduduk Fatimah dan suami dan anak-anaknya berkongsi rumah dengan kambing, ayam dan kucing.
Cerita Fatimah dilaporkan oleh Buletin Utama, TV3. Subuh selepas siaran berita rumah Fatimah yang tidak berpintu diceroboh masuk tujuannya adalah untuk mencuri wang RM3,000 tetapi tidak dapat, yang dapat hanya dua ekor ayam dan baju.
Utusan Malaysia dan Berita Harian pula laporkan cerita Maryam yang tinggal dengan dua anak, lima anaknya sebelum ini diserahkan kepada orang kerana miskin, anak-anak yang dewasa lari keluar kerana tidak mampu hidup dalam keadaan yang merimaskan.
Pulau Gajah terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Chempaka dan Parlimen Pengkalan Chepa.
Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa adalah Datuk Abdul Halim - bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Yang Dipertua Pas kawasan Pengkalan Chepa ialah Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah - exco kerajaan negeri, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan dan bakal Menteri Besar Kelantan.
Anak Nik Aziz, Nik Abduh ialah Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat.
Lihat betapa hebatnya pemimpin-pemimpin Pas yang ada dalam kawasan Parlimen Pengkalan Chepa tetapi sayang kebajikan rakyat tidak dijaga.
Mereka hanya hebat di atas pentas ceramah tetapi tidak pernah turun melawat kawasan dan mendengar rintihan rakyat.
Macam mana hendak menjaga negara kalau kawasan sendiri pun tidak ambil peduli.
Inilah contoh negara kebajikan Pas. Apakah ini contoh pemimpin yang kita mahu menerajui negara, fikirkanlah.
Nik Aziz, Nik Abduh, Abdul Halim dan Nik Amar semakin kaya tetapi rakyat terus ditindas - KELATEKITO.NET
Post A Comment:
0 comments: