
PORT DICKSON 5 Okt. – Tidak salah Ahli Parlimen Bagan Serai, N. Gobalakrishnan menggunakan petikan ayat suci al-Quran ketika berkempen kerana ia bertujuan untuk menguatkan hujah sewaktu berceramah.
Itu alasan yang diberikan oleh Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub ketika mempertahankan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memetik ayat dari surah al Imran dalam ucapannya di markas Pas di sini malam kelmarin.
Menurut Salehuddin, tindakan itu tidak salah malah bukannya sesuatu yang bertentangan dalam Islam kerana apa yang dilakukan oleh Gobalakrishnan itu bertujuan untuk mempertahan serta menguatkan hujahnya.
Justeru beliau berkata, golongan yang menyelar tindakan Gobalakrishnan kerana tindakannya memetik ayat-ayat suci al-Quran ketika berkempen disifatkan sebagai mereka yang berfikiran lapuk dan terkebelakang. berita lanjut...http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1006&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm&arc=hive
Post A Comment:
0 comments: