
"(Ini adalah) pemutusan tanggungjawab (pembatalan perjanjian) dari Allah dan RasulNya terhadap kaum kafir musyrik yang kamu mengikat perjanjian setia (dengan mereka)." 1: At-Taubah
'Osama is dead'. Hebahan berita sebegini dan berkaitannya di serata dunia. Dan serata dunia percaya kisah 'watak penjahat dalam sebuah filem' ini sudah tiada, sekaligus meninggalkan Obama sebagai 'hero'. Macam biasa, skrip tipikal.
Semua sudah tahu, apa sebenarnya watak yang direka ini, tidak perlu saya menerangkan lebih lanjut, tambahan pula gambar 'fake' yang disiarkan itu, suratkhabar Metro pun tahu, mayat yang dihilangkan di laut, membuka mata hati pakcik-pakcik yang melepak di kedai kopi.
Terdapat perbezaan ketara antara tahun 2001 dan 2011. Pada tahun 2001, semua penduduk dunia menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan di media. Tahun ini, semua sudah dapat berfikir secara kritis, befikir dan mula ragu-ragu berita dari media. Adakah manusia perasan, semua maklumat yang disalurkan diserata dunia ini bersumberkan SATU sumber yang sama? Cegahlah diri kita dari terperangkap dalam sistem, sistem satu dalam semua perkara.
Saya ulangi, SATU DALAM SEMUA PERKARA.
Fikir sejenak...
Jadi, apa yang sy ingin berkongsi? Saya tidak lain hanya mengingatkan, kemunculan berita sebegini menunjukkan ada satu rancangan baru yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Ini hanya fasa pertengahan dalam sebuah filem, dimana 'scene' baru akan terjadi, dimana ramai pembaca disini sudah mengetahui perancangan mereka tahun 2011 dan awal 2012. Sila isi hari anda dengan perkara yang merugikan sistem mereka dan menguntungkan sistem Islam. Memang sukar tapi berlari dimulakan dengan merangkak.
'Islam itu datangnya sebagai terasing, dan pengakhirannya juga terasing, jadi beruntunglah bagi mereka yang terasing'.
Sepatutnya kita memahami dengan lebih mendalam initipati dari sabda Rasullullah SAW tersebut.
Bagi umat Islam, berita ini tidak memberi makna kepada kita, kerana umat Islam tidak pernah mengiktiraf sesiapa sebagai wakil (ketua) mereka untuk menentang golongan fasik dan mungkar, selain dari panglima perang teragung, Mahdi.
Umat Islam perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan mendalami Al-Quran dan Hadis, bukan menghabiskan tenaga dalam masa yang sesak ini untuk sesuatu yang bukan dirancang oleh Allah. Rancangan mereka akan terbongkar pada orang beriman, tapi akan dipercayai oleh mereka yang sesat. Biarkan mereka, kita perlu mengikut rancangan yang telah dibuat oleh Allah sejak Nabi Adam diturunkan ke bumi lagi, setelah tewas pada konspirasi syaitan.
Hanya pada Allah kami sembah, hanya pada Allah kami meminta pertolongan.
Post A Comment:
0 comments: