
Walau pun perkara ini baru tidak lama berlalu tetapi ianya masih diperkatakan dan masih kedengaran dimana-mana. Ramai yang melatah apabila ada pihak yang memesingkan fakta dengan mengatakan "JAIS serbu gereja" Apa yang sebenarnya berlaku? Apakah benar gereja Kristian diserbu? Apakah benar JAIS melakukan serbuan?
Biarlah kita melaporkan berita dengan fakta yang benar dan memberi komen selepas mendapat berita sahih serta menilai dengan jujur dahulu. Jangan terlalu cepat melatah. Janganlah ada orang Islam sendiri yang terlalu mudah melatah apabila dijolok oleh pihak yang sengaja mencari pasal dan jangan juga kita terlalu cepat apologetik hinggakan terus menuding jari kepada pihak yang melakukan tanggungjawab mereka.
Mungkin saya bolehh tolong kongsikan sedikit apa maklumat yang saya perolehi - Sebenarnya apa yang berlaku pada petang 3 Ogos 2011 ialah pihak JAIS mendapat aduan dari orang ramai bahawa adanya mejlis berbuka puasa di gereja dengan alamat yang diberikan. Maka, bertindak atas aduan tersebut, Pasukan Penguatkuasaan JAIS telah pergi ke permis tersebut untuk menyiasat lebih lanjut kebenaran aduan tersebut.
SOALNYA: Apabila pihak polis menerima aduan ada sesuatu aktiviti mencurigakan disuatu tempat, pakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak polis? Apakah mereka terus serbu? Tidak, mereka akan pergi memeriksa. Apakah polis perlu duduk diam atas aduan tersebut? Tidak, mereka kena bertindak, jika tidak nanti mereka pula akan dipersalahkan selepas sesuatu yang buruk berlaku dan aduan telah dibuat. Maka itulah yang dilakukan oleh JAIS, atas bidang kuasa yang ada pada mereka.
SOALNYA LAGI: Apakah benar JAIS "SERBU"? Jawabnya lagi, TIDAK, JAIS tidak serbu. Dengan bantuan pihak polis, JAIS pergi ke permis aduan untuk memeriksa lebih lanjut. Pihak JAIS hanya berada di luar dewan (tidak masuk dalam). Berunding denganpenganjur majlis dan menunggu diluar dewan sehingga majlis selesai. Maka apa yang dilaporkan pihak media tidak tepat. JAIS sekadar pergi memeriksa bukannya serbu.
Kemudian SOALNYA LAGI: Apakah benar gereja yang diserbu (periksa)? Jawanya lagi TIDAK. Permis itu bukan gereja. Ianya dewan kepada suatu pusat yang di panggil "Dewan Centre". Pusat tersebut milik pertubuhan Kristian yang mereka namakan diri mereka Damansara Utama pun. Ianya di Seksyen 13 Petaling Jaya.
Maka kenapa heboh pasal JAIS SERBU GEREJA? Ianya bukan serbuan dan permisnya pula bukan gereja. Apakah NIAT JAHAT dalam melaporkan sesuatu berita itu? Apa pula bahasa dan istilah yang digunakan oleh pastor Daniel Ho ketika mengadu kepada MB Selangor? Apakah dia menggunakan bahasa yang bermotif jahat "JAIS SERBU GEREJA"? Yang menyebabkan MB Selangor "MELATAH MEMINTA MA'AF"?
Apakah MB tidak terlebih dahulu memeriksa serta meneliti fakta pelapor dan fakta dari sebuah jabatan kerajaan negeri Selangor? yang mana "DIA LEBIH DENGAR"?
SOALNYA: Apakah dibawah undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan kedudukan JAIS yang merupakan Sekretariat kepada Majlis Agama Islam Selangor bertanggungjawab kepada MB Selangor? Apakah MB telah MENDAHULUI BAGINDA SULTAN mencampuri hal ehwal agama negeri? Apakah itu sebabnya MB panik dan mengeluarkan arahan larangan selepas itu
by;
Mohd Noor
Post A Comment:
0 comments: