Hari ini kita lihat banyak sekali PAS membuat ceramah disana sini, Tak cukup dengan itu, PAS jugak mengambil pendekatan mengutip duit dari pada orang ramai yang hadir atas alasan derma Jihad. Bukan hendak "berkira" tentang derma yang disumbangkan, tetapi terfikir jugak kemanakah perginya wang derma tersebut??? Sepanjang PAS memerintah, hasil sumbangannya ialah mengutip derma pada orang ramai.
Sudah berpuluh-puluh tahun Derma dikutip, takkanlah derma "Jihad" PAS masih belum cukup??
Gua sertakan gambar kat bawah nie dengan bulatan yang tertulis "Unit Amal Malaysia" iaitu orang penting dalam ceramah PAS yang sentiasa kelihatan kehulu kehilir meminta derma daripada orang ramai.
Lihatlah betapa banyaknya duit yang dikutip hasil ceramah PAS.Kenapa PAS masih tak boleh bina masjid dari hasil sumbangan orang ramai??
Gua soalkan kat sini kerana Mursidul Am PAS Nik Ajis sendiri mahukan wang derma untuk membina masjid seperti apa yang tercatat pada laman harakah berikut:
Seperti katanya: "Tok Guru Nik Aziz mahu masjid yang didirikan itu hasil kutipan derma daripada rakyatnya sendiri kerana pahala menderma untuk pembinaa masjid itu sampai ke akhirat",katanya.
Sekarang sila jelaskan pada gua kenapa PAS masih tak boleh bina masjid atau memberi apa-apa manfaat kepada rakyat dibawah kerajaan pimpinannya??
Post A Comment:
0 comments: