
Semua manusia mencari erti kebahagian , hakikat kebahagian.. apa erti kebahagian dan kebahagian apa kita cari selama ini ? adakah apabila mendapat gaji yang besar itu tanda kebahagian? atau mendapat pasangan yang memenuhi citarasa hati ? atau apabila mudah mendapatkan apa yang diinginkan ? atau apa sahaja yang terlitas di fikiran kita sekarang yang selalu sahaja diselitkan perkataan "kalau aku.. " itu kah kebahagian?
Hakikat Bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu Adalah ketenangan Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
....Jika engkau mencinta tetapi cintamu tidak terbalas, senangkanlah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah ia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan.
Sehingga lantaran itu hati akan bersih laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta,walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram.
Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa.... (Buya Hamka)
Jiwa Orang Yang Bahagia:
Orang yang bahagia itu akan selalu meluangkan masanya untuk:
* MEMBACA kerana membaca itu sumber hikmah
* TERTAWA kerana ketawa itu muziknya jiwa
* BERFIKIR kerana berfikir itu pokok kemajuan
* BERAMAL kerana beramal itu pangkal kejayaan
* BERSENDA kerana bersenda itu akan membuatkannya muda selalu
* BERIBADAT kerana beribadat itu ialah ibu untuk segala ketenangan jiwa
Post A Comment:
0 comments: