Mungkin ramai sudah baca dekat twitter, facebook dan blog lain tentang isu seorang pelajar Malaysia tajaan Petronas yang dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki English. Apa sudah jadi dengan dia? nak katakan tidak berakal, sudah tentu dia lebih cerdik daripada kita sebab dia belajar medic.Namun,di mana akhlaknya sebagai seorang Islam. Kalau benar naluri dia mencintai lelaki.jangan sampai ingin berkahwin. itu sama sekali dilarang oleh Islam dan semua agama lain. Naluri itu boleh diubah secara perlahan-lahan. Asalkan ada kemahuan dan azam yang tinggi. Agak sedih sekejap melihat gambar yang diletakkan di pelbagai laman web. Sangat bangga dia dapat berkahwin dengan lelaki English itu. Siap berbaju melayu,bersamping dan memakai tengkolok. Itu pakaian rasmi orang Melayu. Tapi,bila dia gunakan pakaian itu untuk acara yang dilarang,sedikit sebanyak mencalar dan menghina orang melayu.Dari segi Islam, tak perlu diceritakan lagi, sudah jelas menghina orang Islam yang semua tahu hukumnya haram berkahwin lelaki dengan lelaki.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Post A Comment:
0 comments: