oleh :Bernama
19 Oktober, 2011 11:52 AM

PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan satu tolakan yang jitu dan kerangka yang jelas bagi membina satu Ekonomi Digital bagi menjadi satu pemboleh penting terhadap transformasinya.

Perdana Menteri berkata tidak boleh dinafikan bahawa arus seterusnya pertumbuhan ekonomi akan datang dari ekonomi berasaskan pengetahuan dengan teknologi digital sebagai pemacu utama kemajuan.

"Sebagai sebuah negara, kita kemasuki satu fasa penting kerana kini telah memasuki dekad untuk mencapai matlamat kita," katanya semasa melancarkan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-23 di sini Rabu.

Katanya Malaysia diletakkan pada tempat ke-36 daripada 70 negara di segi Kedudukan Ekonomi Digital 2010 oleh Unit Economist Intelligence, yang meningkat dua anak tangga daripada tempat ke-38 setahun lepas.

"Penyumbang utamanya ialah peningkatan kukuh jalur lebar, mudah alih dan sambungan internet serta sokongan kerajaan," katanya.

Di Asia, Najib berkata Malaysia berada pada tangga ke-enam di dalam Laporan Teknologi Maklumat Global 2009-2010, yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, di belakang Singapura, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun.

"Laporan itu memuji Malaysia bagi kecemerlangan persediaan dan penggunaannya," katanya.

Menurutnya, beliau telah mengumumkan pada awal tahun ini pada Mesyuarat Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York bahawa Malaysia sedang membina satu kerangka ekonomi digital berinovasi yang akan menjadi satu pemboleh tambahan bagi transformasi Malaysia.

"Saya kemudiannya memberikan mandat itu kepada MDeC bagi menggambarkan dan memacu kerangka Digital Malaysia, yang perlu memupuk satu ekosistem yang dipacu oleh ICT yang menyasarkan aspek ekonomi, tadbir urus dan interaksi sosial serta mewujudkan satu iklim yang meningkatkan inovasi, pelaburan dan pertumbuhan bakat," katanya.

Adalah penting bahawa Digital Malaysia dilihat sebagai tonggak program transformasinya, katanya.

Katanya langkah menempatkan Digital Malaysia di dalam Dasar Transformasi Negara bertujuan mewujudkan satu pendekatan yang bertaut dan holistik dengan negara digital kerana ia melibatkan dan akhirnya memberi manfaat pelbagai pihak berkepentingan dari sektor awam dan swasta serta kumpulan rakyat.

"Kita berhimpun di sini hari ini sebagai pemimpin di dalam bidang masing-masing. Adalah penting kita memberi pendapat, sokongan dan mengambil langkah yang perlu bagi menjana Ekonomi Digital sebenar yang akan merangsang transformasi Malaysia," katanya.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: