Berita yang disiarkan oleh portal rasmi PAS, HarakahDaily, jelas menunjukkan sakit hati dengan hasad dengki mereka berikutan populariti Najib Abdul Razak yang naik mencanak berbanding Anwar Ibrahim yang cakap-cakapnya semakin tidak laku walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskannya dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, untuk melindungi hasad dan sakit hati mereka, portal berkenaan cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dengan Najib Abdul Razak. Konon-kononnya, ramai pemimpin UMNO lain marah sebab Najib mempopularkan dirinya sedangkan mereka pula ketinggalan.

Apa punya baghal la kalau ada pemikiran dan tanggapan sebegitu. Para pemimpin politik, tak kiralah apa parti sekalipun yang bergiat dalam DEMOKRASI ROM sepertimana yang dianuti oleh politik Malaysia, semuanya berdiri atas kaki sendiri sambil dibantu oleh jenama atau label parti yang mereka sertai.

Kebanyakan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional amat sedar, pengundi-pengundi sekarang lebih kritikal dan lebih berhati-hati serta tidak hanya menonyoh pangkah sesuka hati walaupun dari parti yang mereka senangi. Sebaliknya yang diperhatikan dan diperhalusi adalah calon-calon yang bertanding. Dan kebanyakan calon-calon yang dipilih pula, diyakini prestasi kerja, mempunyai kualiti kerja, tidak hanya pandai berceramah dan mengusung tabung amal jihad memungut duit daripada orang ramai, mampu memberikan khidmat kepada orang ramai, bukannya lebih sibuk menagih khidmat daripada orang ramai untuk dirinya dan sebagainya.

Najib popular kerana dirinya. Dan sehingga kini, contoh yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak menjadi benchmark kepada para pemimpin UMNO yang lain. Malah sudah ada suara di kalangan pemimpin UMNO yang meletakkan syarat kepada bakal calon, kalau hendak terpilih sebagai calon perlu rajin bekerja dan mencari populariti seperti Najib Abdul Razak.

Yang PAS sibukkan Najib Abdul Razak, kenapa? Ketika Nik Aziz begitu giat mempopularkan dirinya selaku ulama dan Mursyidul Am, sehinggakan terpaksa memangkah Harun Din al-Hafiz dan mana-mana tokoh yang benar-benar ulama membayanginya, kenapa PAS tak keluarkan kenyataan seperti itu?

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution dan Azmin Ali? Bukankah mereka sentiasa berusaha menonjolkan diri. Kit Siang dan Guan Eng, sentiasa memastikan nama mereka sinonim dengan DAP. Sebut sahaja DAP, maka terbayanglah muka kedua-dua beranak itu, bukannya Karpal Singh, jauh sekali Kulasegaran Ipoh Barat.

Kenapa susah hati kalau Najib lebih popular? Nak laga-lagakan dengan Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain?

Tak perlulah menganggap rakyat Malaysia secara keseluruhannya bodoh ya amat sepertimana para pengikut PAS yang seringkali terpaksa menelan dan menghadamkan Al-Wala' dan Tsiqah!!!
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: