Dua saksi pembela dalam kes liwat Anwar saling bercanggah pendapat, perhatikan:

1. Dr. David Well, memberitahu mahkamah bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan tidak menghasilkan keputusan yang diingini.

(Sumber: http://www.kl-today.com/2011/08/wells-dna-barangkali-tercemar/)

2. Spesimen sperma yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam kes liwat kerana keadaannya telah terjejas dan hanya diperoleh 56 jam selepas hubungan seks didakwa berlaku. Dr David Wells mendakwa sampel-sampel DNA yang diperoleh tidak mungkin sesuatu yang “bermakna” dan adalah penting ia telah dihantar untuk tujuan analisis dengan segera.

“Selepas satu tempoh yang lama, sampel tidak berada dalam keadaan baik,” kata beliau di mahkamah hari ini.

(sumber:http://www.kl-today.com/2011/08/ambil-sperma-dalam-dubur-ditolak/)

Saksi pembela yang kedua, Dr Brian McDonald pula memberitahu mahkamah,

1. Dr Brian McDonald menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.

“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku.

2. Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.


(sumber: http://www.kl-today.com/2011/08/bingung-calitan-dubur-saiful-masih-baik/)

Kesimpulannya, jika spesimen sperma merosot pun dikatakan salah, jika spesimen sperma tak merosot dan masih segar pun dikatakan salah juga?? Apa-apapun DNA yg diekstrak dari semen yang diambil dari rektum Saiful sudah pun memperoleh bacaan DNA, maknanya ia telah menghasilkan satu keputusan.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: