1. Demo / Rusuhan 901 dirancang oleh sekelompok Rakyat Malaysia untuk membela Anwar Ibrahim sekiranya beliau didapati bersalah di atas kes salah-laku seks (liwat) ke atas seorang bekas pemimpin MAHAsiswa dan Pegawai Khasnya sendiri, Saiful Bukhari pada 9 Jan 2012.

2. Kelompok ini merasakan (a) sistem perundangan Malaysia tidak adil (b) sistem demokrasi Malaysia berat sebelah.

3. Keyakinan terhadap Sistem Perundangan adalah tergantung ke atas diri masing-masing. Kuliyyah saya bersama YABhg Tun Mahathir mengingatkan saya bahawa untuk menjadi pemimpin negara yang baik, kita jangan sesekali menyentuh dan campur tangan dengan kedaulatan institusi perundangan. Sistem Perundangan patut diberi keupayaan untuk menjalankan tanggungjawab keadilan dengan sendirinya. Jika kita ceroboh, maka robohlah tunggak keamanan negara. Sejauh kini, Sistem Perundangan telah membuktikan kemampuannya untuk melaksanakan yang terbaik. Oleh itu, kita perlu memastikan kekebalannya berpanjangan selama mungkin.

4. Namun jika masih ada lagi Rakyat yang tidak yakin, sebagai umat Islam yang majoriti jumlahnya, kita masih boleh tunggu keadilan Mahsyar yang menjajikan ketepatan tuduhan dan keputusan Allah swt. Cumanya, ramai di antara kita hari ini yang yakin dengan Allah swt dan Mahsyar hanya di mulut dan bukan di hati !

5. Yang tidak boleh diterima akal sama sekali adalah mengapa Anwar terus-terusan dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan salah-laku seks dengan begitu ramai mangsa.

6. Mengapa ramai taksub dan berjuang untuk Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan ramai di kalangan kita mampu melaksanakan tanggungjawab itu dengan lebih beretika sekalipun tidak sepopular beliau.

7. Kalau marah sekalipun, mengapa tidak kita tunggu pilihanraya. Atas dasar dendam, emosi dan nafsu, kelompok itu salahkan pula SPR.

8. Jawatankuasa Khas untuk memperkasakan sistem tersebut telahpun ditubuhkan oleh YAB DS NAjib. Ianya dianggotai oleh ramai pemimpin dari pelbagai parti kerajaan dan pembangkang. Malah penggunaan dakwat kekal juga telah dipertimbangkan.

9. Siapa kata sistem demokrasi negara mudah diceroboh dan tidak adil? Jika tidak, masakan Pembangkang boleh menguasai Kedah, Kelantan Pulau Pinang dan Selangor.

10. Soalan pokok adalah, tepuk dada tanya hati. Kalau hati sudah mati, mereka tidak hiraukan apa pun dilakukan oleh Kerajaan BN-UMNO untuk memberikan terbaik untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Mereka tidak bertamadun dan hidup seperti zaman purbakala ... mereka kata yang benar itu salah dan yang salah itu benar!

F OMAR
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: