Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di cabar menghadiri solat hajat di Masjid Negara pada 5 Jan, jam 9 malam untuk memohon petunjuk Allah dalam menentukan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong diatas dakwaan melakukan seks luar tabie, pada 26 Jun 2008, di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur.

Cabaran itu dibuat oleh YB Datuk Zulkifli Nordin, bekas salah seorang peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat 1. Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, solat hajat akan diadakan pada 5 Januari ini dicadangkan diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Juanuari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.

"Saya cabar Anwar dan Saiful Bukhari Azlan supaya turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga akan minta dalam solat hajat tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah. "Alhamdulillah Mohd Saiful Bukhari yang bersedia untuk hadir, sekarang saya hanya tunggu jawapan Anwar...kalau beliau dipehak yang benar, jangan berdalih dan bersembunyi lagi disebalik kononnya mahkamah rakyat," katanya.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: