
Sudah lama Rasulullah s.a.w. memerhatikan tabiat Abu Umamah r.a. Kegemarannya berada di Masjid sama ada siang mahupun malam, menarik perhatian baginda. Seolah-olah Abu Umamah memperuntukkan kehidupannya hanya untuk beriktikaf di Masjid. Dia tidak pernah pulang ke rumah.
“Kau tidak pulang ke rumahmu, wahai sahabatku?” tanya Rasulullah s.a.w. pada suatu hari. Abu Umamah serba-salah. Terlalu berat untuk menjawab pertanyaan dari orang yang sangat dikasihinya itu. Akan tetapi lebih berat lagi untuk tidak dijawab.
“”Ss..sebenarnya aku ada masalah, wahai Rasulullah,” dalam teragak-agak Abu Umamah menjawab juga.
Apa masalahmu?””
Aku tidak boleh tinggal di rumahku. Apabila berada di rumah aku akan berasa sedih dan susah hati. Aku gelisah tika ada dirumah.”
“Kenapa sampai begitu?””
Aku banyak hutang, wahai Rasulullah. Rasanya tidak mampu untuk aku jelaskan kesemua hutangku,” jawab Abu Umamah dengan jujur.
Rasulullah s.a.w. mennggangguk-angguk, faham akan masalah yang dihadapi oleh sahabat itu. Sambil memegang bahu Abu Umamah, berkata baginda, ” Kuberikan kepadamu beberapa kalimah. Amalkan dengan baik setiap hari. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kelapangan kepadamu.”
Rasulullah pun membacakan beberapa baris doa. Doa itu kemudiannya menjadi amalan Abu Umamah siang dan malam. Dia meyakini penuh akan kata-kata Rasulullah bahawa Allah akan memberikan kelapangan kepadanya.
Hinggalah beberapa lama selepas itu, resah dan sedih Abu Umamah semakin berkurangan. Dan terbuka fikirannya untuk mencari jalan melipatgandakan usaha sehingga dia mampu menjelaskan semua hutangnya.
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh-kesah dan duka cita, dan aku akan berlindung dengan-MU daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada ketakutan dan kebakhilan dan akau berlindung dengan-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Post A Comment:
0 comments: