Assalamu'alaikum.

Bacalah dengan nama TuhanMu yang Maha Pencipta.

Pembaca yang budiman,

Saya telah menerangkan bahawa UMNO itu adalah nama yang disepakati oleh lebih kurang 26 kesatuan bangsa Melayu pada masa itu. Kesatuan UMNO telah berjaya membebaskan umat Islam daripada penjajahan. Mereka berjaya memerdekakan negara ini sekaligus dapat memerintah negaranya sendiri.

Mereka semua bersepakat di atas asas persaudaraan sesama Islam dan berpegang kepada agama Islam berpaksikan rukun-rukun Iman dan Islam. Oleh yang demikian,mereka disebut sebagai berada dalam satu jemaah Islam. Mengikut tafsiran ulamak, jemaah Islam adalah jemaah yang mempunyai otoriti dalam segala hal ehwal pentakbiran negara. Oleh itu,mereka yang mendakwa berada dalam jemaah itu dan jemaah ini adalah suatu dakwaan yang tidak berasas. Contohnya,seperti jemaah Tabligh,jemaah Arqam,jemaah PAS dan yang seumpamanya. Mereka ini semua bukan jemaah dalam ertikata sebenar. Sebabnya,kerana mereka tidak ada otoriti dalam segala hal pentakbiran negara.

Umat Islam di masa pemerintahan Rasulullah disebut sebagai jemaah Islam. Begitu jugak terhadap umat Islam dibawah pemerintahan saidina Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali. Mereka ini semua disebut sebagai jemaah Islam kerana mempunyai otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Oleh sebab jemaah ini yang terulung,mereka jugak disebut sebagai Jemaah Islam Arus Perdana. Dikatakan ianya Jemaah Arus Perdana kerana mereka yang terulung. Jika ada suatu jemaah Islam yang mendakwa bahawa mereka jugak jemaah Islam yang dipimpin oleh seorang pemimpin maka mereka akan diperangi. Ini berlaku kepada Musailamah yang mengaku menjadi nabi(pemimpin tandingan) kepada saidina Abu Bakar.

Pembaca yang budiman,

UMNO adalah Jemaah Islam Arus Perdana dalam kontek negara ini yang menerajui kepimpinan negara. Mereka memiliki otoriti dalam hal ehwal pentakbiran. Menjadi jemaah terulung hasil kesepakatan kesatuan bangsa Melayu berasaskan persaudaraan Islam dan anutan pegangan berpaksikan Islam. Ternyata Islam menjadi unsur nikmat utama kepada kesatuan umat Islam pada masa itu.

Surah Ali Imran ayat 103:

"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu diatas pinggir lubang Neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."

Oleh itu,kesatuan umat Islam hasil kesepakatan didalam UMNO itu wajib dikekalkan demi kekuatan dan kekuasaan pemerintahan umat Islam bagi menjaga agamanya,umatnya dan negara yang diperintah. Perpecahan umat Islam boleh mengakibatkan kelemahan dan ketidakstabilan. Tambahan pula negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa serta amalan Demokrasi sebagai sistem pemilihan para pemimpin.Kewujudan kesatuan umat Islam tandingan adalah HARAM disisi syariat Islam. Apa buktinya? Hadis dibawah ini ada menerangkannya.

Hadis riwayat Muslim:

Abdullah bin Amer r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang berbaiah pada suatu imam(kepala/pemerintah) dan telah menyanggupkan taatnya dan setia hatinya,harus taat jika dapat. Maka jika datang lain orang akan merebut kekuasaannya penggallah leher orang yang merebut itu.

Pembaca yang budiman,

Banyak daripada Firman Allah dalam Al Quran yang melarang umatnya berpecah-belah. Ini telah saya nyatakan didalam beberapa postings yang lepas. Di atas terdapat satu FirmanNya: "Jangan kamu berpecah-belah" Mengikut tafsiran ulamak,apabila perkataan "Jangan" digunakan maka itu memberi makna LARANGAN dan jugak mempunyai pengertian HARAM.

Melanggar hukum LARANGAN ini tidak seperti melanggar hukum-hukum hudud dan ta'zir serta qisas yang ada disebut didalam AlQuran yang boleh dikenakan terhadap pelakunya. Tetapi larangan berpecah-belah jika dilakukan boleh melemahkan kekuatan umat Islam seperti yang tersebut didalam AlQuran. Impikasinya melibatkan keseluruhan umat Islam bukan satu atau dua orang saje tetapi keseluruhan umat Islam. Kita semua boleh lihat apa yang sedang berlaku pada masa ini. Tidak perlu saya menghuraikannya. Ianya sangat serious sahinggakan Rasulullah pernah memohon kepada Allah mengenainya. Tiga(3) permohonan melalui do'a Rasulullah kepada Allah,2 dimakbulkan dan 1 ditolak. Yang ditolak itu adalah apa yang sedang dibincangkan. Sila baca hadis tentang itu dibawah.

Hadis riwayat Muslim:

Dari Abu Sa'id r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 macam:diperkenankannya 2 dan 1 dilarangnya. Ku minta supaya umatku jangan mati kelaparan kerana musim kering,maka diperkenankannya,ku minta lagi supaya umatku jangan mati karam/tenggelam,maka diperkenankan pula,ku minta lagi supaya umatku jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka,maka tidak diperkenankan."

Kita tumpukan penjelasan bagi permohonan yang tidak diperkenankan Allah.

Didalam riwayat Muslim dari Abu Sa'id disebut, "jangan terjadi pembunuhan antara sesama mereka"

Riwayat Muslim jugak dari Abu Bakar bin Abu Syaibah disebut,"tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka"

Hadis riwayat Ibnu Majah disebut,"tidak menjadikan umatku berkelompok-kelompok dan sebagian mereka menimpakan bahaya kepada sebagian yang lain"

Dipetik dari syarah An Nawawi: Allah tidak mengabulkan permohonan ini kerana adanya hikmah yang tinggi.KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.

Bersambung..........Ke- Bukti: Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. II

Wassalam.

Salah satu daripada rukun-rukun beriman kepada Al Quran;selain daripada membacanya untuk pahala;memahaminya;mengimaninya; ianya juga wajib disampaikan(Tabligh).

Hendak menyetujui atau tidak setelah membacanya,terpulang kepada diri masing-masing. Sekurang-kurangnya,kita mengimani Firman Allah SWT tersebut dibawah ini.

Firman Allah SWT dalam surah Az Zumar ayat 17 dan 18:

"Orang-orang yang menjauhi menyembah syaitan dan kembali kepada Allah,untuk mereka itu kabar gembira. Maka berilah kabar gembira kepada hamba-hambaKu,Yang mendengarkan perkataan,lalu mereka turut mana yang sebaik-baiknya. Mereka itulah orang-orang yang ditunjuki Allah dan mereka itulah orang yang berakal."

Penjelasan:

Bagaimanakah kita hendak menjauhi daripada menyembah syaitan jika kita tidak mendengar(membaca),untuk dapat kembali kepada Allah?

Oleh itu,setelah membacanya,kita ambil mana yang sebaik-baiknya. Terhadap mereka yang mempunyai sifat ini: 1. Allah hadiah berita gembira. 2. Allah hadiah dengan panggilan hamba-hambaKu. Natijah daripada berbuat sedemikian Allah branded kita dengan 2 perkara: 1. Orang-orang yang ditunjuki.

2. Orang-orang yang berakal.

Pembaca yang budiman,

Kita sedang membincangkan tentang 1 do'a Rasulullah yang ditolak oleh Allah SWT.

Saya akan membawakan kisahnya. Persoalannya:-

1. Mengapakah Rasulullah berdo'a kepada Allah untuk 3 permohonan itu?

2. Bila dan bagaimanakah Rasulullah mengetahui bahawa 2 permohonannya diterima dan 1 ditolak?

Assebabnya turun ayat 65 surah Al An'aam ini, Nabi memohon do'a kepada Allah kerana kasih sayang Nabi terhadap umatnya. Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: Dialah Yang Maha Kuasa mengirimkan siksaan/azab kepadamu,dari atas (kepala)mu dan dari bawah kakimu(bumi),atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sehingga setengah kamu merasa kesakitan daripada setengah yang lain. Perhatikanlah,bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat,mudah-mudahan mereka memahaminya."

Tentang 3 permohonan Nabi saya telah berikan text hadis Muslim pada postings 'Musyrik dan Sesat Bhg I' dan pada riwayat hadis Muslim yang lain,isi/mattan hadis yang sama tapi lebih panjang sikit iaitu,

Abu Bakar bin Abu Syaibah: Bahawanya Rasulullah s.a.w. suatu hari datang dari Al Aliyah,sehingga ketika melewati mesjid Bani Mu'awiyah beliau masuk lalu shalat 2 rakaat.Kami pun shalat bersama beliau. Beliau lama berdo'a kepada Tuhan kemudian berpaling kepada kami seraya bersabda:"Aku memohon kepada Tuhanku 3 hal,Dia memberikan 2 hal kepadaku dan mencegahku 1 hal. Aku memohon kepada Tuhanku agar Dia tidak menghancurkan umatku dengan tahun lalu Dia memberikannya kepadaku. Aku memohon kepadaNya agar Dia tidak menghancurkan umatku dengan tenggelam lalu Dia memberikannya kepadaku. Aku memohon agar Dia tidak menjadikan perang dahsyat diantara mereka lalu Dia mencegahnya dariku."

Pada baris 3 -'Beliau lama berdo'a kepada Tuhan kemudian berpaling kepada kami'

Penjelasan: Lamanya Rasulullah berdo'a kerana pada ketika itu Jibril membawa khabar berita. Itu sebabnya,setelah itu Rasulullah berpaling memberitahu kepada mereka yang ada bersama.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Do'a Rasulullah dijawab pada ketika itu jugak.

Diriwayatkan oleh Muslim pada hadis yang lain bersangkutan dengan peristiwa itu bahawa Nabi menyebut dalam do'anya,'Wahai umatku....umatku', sambil menangis.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash bahawanya Nabi s.a.w. membaca firman Allah tentang Ibrahim a.s. iaitu Surah Ibrahim ayat 36 dan tentang Isa a.s. iaitu Surah Al Maidah ayat 118. Beliau mengangkat kedua tangan seraya bersabda:"Wahai umatku....umatku" dan beliau menangis. Allah yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman:"Wahai Jibril,pergilah kepada Muhammad(sedang Tuhanmu lebih mengetahui),tanyalah kepadanya:"Apakah yang menyebabkan kamu menangis?". Jibril a.s. datang kepada beliau(Nabi) lalu bertanya kepada beliau(Nabi),maka utusan Allah itu(Jibril) memberitahukan kepadaNya(Allah) akan apa yang disabdakan beliau(Nabi)-padahal Allah lebih mengetahui,lalu Allah Ta'ala berfirman kepada Jibril:"Pergilah kepada Muhammad,dan katakan:"Sungguh Kami akan ridha terhadap umatmu dan Kami tidak berbuat buruk kepadamu"

Pembaca yang budiman,

Apa yang saya lakukan adalah kerana Allah. Keinsafan yang ada dalam diri mendorong untuk mencari kebenaran dengan berusaha merujuk kepada Al Quran,Kitab Hadis,Himpunan Hadis Qudsi,Kitab Tafsir Al-Azhar dan buku-buku agama bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan umat,agar dapat berada pada landasan yang benar lagi diredhaiNya. Keyakinan yang terpahat dihati ini,mendesak agar ianya dapat dikongsi bersama dengan pembaca dalam blog saya ini.

Didalam Tafsir Al-Azhar bagi ayat 65 ini:

Apa yang datang dari atas itu seperti kemarau kering yang memusnahkan tanaman dan tumbuhan serta ketiadaan air yang boleh memusnahkan semua kehidupan termasuklah manusia.(Dirumus oleh saya daripada kefahaman syarah Imam Nawawi ketas hadis Muslim itu.)

Apa yang datang dari bawah kaki itu seperti banjir besar yang menenggelamkan umat manusia seperti yang berlaku terhadap umat Nabi Nuh.(Rumusan saya sama seperti diatas.)

"Atau Dia menjadikan kamu bergolong-golongan sahingga setengah kamu merasa kesakitan daripada setengah yang lain."

Itupun suatu azab yang maha pedih lagi,iaitu hilangnya keamanan dalam satu negeri karena adanya perpecahan,bergolong-golongan,berbenci-bencian,misalnya karena pertarungan politik atau perebutan kuasa,sehingga dalam satu negeri timbul benci membenci bahkan kadang-kadang menimbulkan perang saudara. Pengalaman karena perang saudara,jauh lebih hebat dan ngeri daripada perang karena serangan musuh dari luar. Dalam suatu perang saudara,seorang kakak bisa membunuh adik kandungnya. Bukankah ini azab?

Mujahid mengatakan bahawa azab yang ketiga ialah azab kepada ahli-iqrar,iaitu orang yang telah menerima Islam(mengakui kebenaran kitab-kitab dan kedatangan Nabi-nabi) itu sendiri tetapi mereka diazab tersebab dosa-dosa mereka,dan azab yang pertama dan kedua ialah azab kepada orang yang mendustakan(mendustakan Nabi mereka dan menolak kitab Tuhan mereka).

Maka diberitahukanlah kepada beliau(Nabi) bukanlah umatnya saja yang akan kena fitnah itu,melainkan seluruh umat-umat,bahwa diapun akan ditimpa bala sebagai umat yang lain-lain juga. Kemudian itu, diturunkanlah kepada beliau ayat: "Katakanlah:Ya Allah sekiranya akan Engkau perlihatkan kepadaku apa yang dijanjikan terhadap mereka ya Allah, maka janganlah Engkau jadikan daku pada kaum yang zalim."(23:93-94) Maka berlindung dirilah Nabi Allah,maka dikabulkan Tuhan permohonan perlindungannya itu. Sehingga tidaklah pernah mata beliau melihat umatnya kecuali dalam bersatu,berkasih-kasihan dan taat.

Kemudian itu datang pulalah satu ayat menyuruh awas terhadap tukang-tukang fitnah dan dikabarkanNya kepadanya bahwa tukang fitnah itu berkhusus kepada sebagian manusia dan tidak kena mengena dengan yang lain. Iaitu ayat:"Dan berjaga dirilah kamu dari fitnah yang sekali-kali bukanlah dia menimpa kepada kamu yang zalim khusus saja,dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaanNya.(8:25)

Kepada Abu Hurairah pernah Nabi s.a.w menerangkan rahsia itu,iaitu bahwa sesudah matinya akan ada fitnah,tetapi karena takut berbahaya kepada jiwanya sendiri,rahsia itu ditutup rapat-rapat oleh Abu Hurairah. Dan do'anya agar mati sebelum hal itu terjadi,dikabulkan Allah.

Kemudian terjadilah perang saudara yang hebat di antara Ali dengan golongan Mu'awiyah.Dan kita diperingati akan hal ini,agar senantiasa umat Muhammad awas,jangan sampai mereka musnah karena benci membenci sesama sendiri.

"Perhatikanlah,bagaimana Kami menerangkan beberapa ayat, mudah-mudahan mereka memahaminya."

Allah menerangkan segala perumpamaan ini,tetapi perumpamaan yang nyata,tentang bahaya-bahaya yang bisa ditimpakanNya sewaktu-waktu,baik bahaya dari alam atau bahaya yang tumbuh dalam kalangan manusia sendiri,yang mereka sendiri tidak berdaya sedikit juapun buat mengatasinya,maka belum jugalah mereka mau mengerti akan kekuasaan Allah.

Bersambung..........Ke-Bukti:Pemecah-belah Umat Islam adalah MUSYRIK dan SESAT Bhg. III

Wassalam.

Di terangkan dalam Syarah Imam Nawawi bahwa penolakan do'a Nabi ada hikmah yang tinggi. KeputusanNya,hukum dan perbuatanNya adalah nyata-nyata berhikmah.

Pada pendapat saya,2 do'a yang dikabulkan oleh Allah untuk umat Nabi adalah bala yang dikenakan keatas umat ketika itu kerana mendustakan(membunuh) Nabi-nabi dan kitab-kitabNya.Ini adalah benar jika kita baca sirah Nabi-nabi bahwa pengikut mereka tidak berapa banyak. Tetapi pengikut Rasulullah ramai dan mereka menerima ajarannya dan mengakui kebenaran ajaran Islam itu. Mereka ini dihukum oleh sebab tidak mentaati ajaran Islam itu yang mereka sendiri menerima dan mengakui kebenarannya. Ia berlaku secara sunnahtullahNya.

Berapa banyak larangan-laranganNya tentang berpecah-belah ini disebut didalam AlQuran yang mereka tidak hindarkan dan berapa banyak perintah-perintahNya supaya bersatu-padu disebut didalam AlQuran tidak diikuti. Allah SWT ada menyebut 'jangan berpecah-belah nanti kamu jadi lemah', 'jangan kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmatNya' dan jika umat Islam berperang secara fizikal dan mental,disuruhNya kita berdamai kemudian dikatakan oleh Allah bahawa orang-orang mukmin itu bersaudara. Banyak lagi jika nak diterangkan.Kesemua larangan dan perintahNya mempunyai hikmah yang mana jika ingkar akan membawa bencana dan jika dituruti akan mendapat rahmat.

Contoh terdekat ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang dialami oleh rakyat Malaysia hasil daripada umat Islam berpecah-belah. Bagi yang hidup pada masa itu mereka sudah tentu tahu akan azab yang dialami. Tak boleh digambarkan dengan hanya satu muka surat saja,kenalah membaca bukunya. Jika boleh,orang-orang yang mengalaminya dan masih hidup sekarang ini dapat bercerita kepada mereka yang lahir setelah tarikh 13 Mei 1969. Dari tarikh 13 Mei 1969 sahingga sekarang,mereka ini berumur lebih kurang 41 tahun. Jika diambil kira orang-orang yang hidup ketika itu berumur 9 tahun(yang belum lagi mengerti),sekarang ini telah berumur 50 tahun. Kamu bayangkanlah yang berumur 41 tahun hingga 50 tahun sekarang ini,berapa anakkah mereka ini ada dan mungkin telah mempunyai cucu. Sebelum 13 Mei 1969,telah berlaku peristiwa seperti ini di Singapura tetapi umat Islam tidak belajar daripada sejarah. Berulang lagi peristiwa berdarah itu lagi kerana umat Islam tidak mengambil pelajaran daripadanya untuk tidak berpecah-belah. Apakah kita fikir bahawa peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi? Pada pendapat saya,melihatkan umat Islam masa kini lebih teruk perangainya daripada dahulu, berkemungkinan besar peristiwa seperti ini akan berlaku dan jika berlaku, akan lebih teruk lagi daripada yang sudah-sudah. Lihat sajalah sifat orang PAS dan PKR,seperti kata perpatah Melayu,'Bertegang Urat,Berpatah Arang' terhadap UMNO.

Pembaca yang budiman,

Sebenarnya,didalam AlQuran ada menyebut bahawasanya orang yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam;menjadi ahli kepada golongan pemecah-belah,menjadi penyokong dan jugak berpihak kepada mereka,disebut sebagai MUSYRIK dan SESAT. Bacalah buktinya:

Didalam surah Ar-Rum ayat 31 dan 32,Allah berfirman:

Ayat 31,

"Hendaklah kamu kembali(taubat) kepadaNya dan takutlah kepadaNya dan dirikanlah sembahyang dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang MUSYRIK.(mempersekutukan Allah)"

Ayat 32,

"Yaitu orang-orang yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa-apa yang ada disisinya."

Didalam surah Al Mukminuun ayat 53 dan 54,Allah berfirman:

Ayat 53,

"Mereka berpecah-belah sesamanya tentang urusannya,menjadi beberapa golongan.Tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang ada pada sisinya."

Ayat 54,

"Maka biarkanlah mereka dalam KESESATANNYA hingga seketika(matinya)."

Kita semua tahu bahawa orang-orang MUSYRIK(mempersekutukan Allah) tidak akan dapat masuk Syurga. Dan kita semua tahu bahawa selain dosa musyrik,dosa lainnya berkemungkinan diampunkan oleh Allah,insyaAllah. Tetapi tidak bagi dosa mempersekutukanNya. Mari kita baca apa kata Nabi dalam hal ini:

Hadis riwayat Muslim:

Dari Jubair bin Muth'im r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tidak akan masuk SYURGA orang yang memutuskan TALI PERSAHABATAN.

Mengapakah mereka ini masih lagi berperangai sedemikian?

Apakah mereka tidak tahu ke?

Apakah mereka tidak memahami ke?

Apakah mereka tidak mengimani ke setelah menerima Islam dan mengakui kebenarannya?

Tentu sekali jawapan yang tepat adalah jawapan yang berikan oleh Allah dan RasulNya. Sila baca:

Ini didedahkan oleh Allah SWT dalam surah Asy-Syuuraa ayat 14: "Tiadalah mereka berpecah-belah,melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu pengetahuan kerana berdengki-dengkian sesama mereka.Jikalau tiadalah terdahulu perkataan Tuhanmu sampai waktu yang ditentukan,niscaya dihukum antara mereka.Sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kitab kepadanya,kemudian mereka adalah dalam syak dan ragu-ragu."

Apa Rasul kata:

Riwayat hadis Muslim:

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. melarang supaya jangan bersifat dendam,jangan dengki mendengki dan jangan bermusuhan;dan hendaklah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak dihalalkan bagi seorang Muslim tidak tegur-menegur(berselisih)dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Pembaca yang budiman, perselisihan umat Islam ini bukan setekad 3 hari tetapi sudah menjangkau 54 tahun. Dalam proses kehidupan umat Islam 54 tahun ini,tentu sekali ada yang sudah kembali bersatu-padu dan ada yang MASIH KEKAL didalamnya dan yang baru masuk kedalamnya.

Ada banyak lagi bukti-bukti yang boleh saya muatkan disini tetapi tujuan saya hanya ingin menyampaikan agar kita semua maklum tentangnya. Selalunya,pada setiap topik saya akan kemukakan bukti agar setiap postings akan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.

Ingatlah, bahawa mati itu suatu KEMENANGAN bagi orang-orang yang MENTAATI PERINTAHNYA dan MENJAUHIKAN LARANGANNYA.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: