Orang yang berkali-kali kena tipu adalah orang yang pelupa atau hilang ingatan. Orang yang berkali-kali kena tipu juga akan menyalahkan orang lain setiap kali dia ditipu, sedangkan dialah yang merelakan dirinya ditipu. Dalam pilihanraya-pilihanraya yang telah lalu bermacam-macam gelagat parti PAS dapat kita dengar dan lihat. Di antara gula-gula PAS yang cukup digemari pengikutnya ialah salah satu hukum Islam yang belum kerajaan sedia ada jalankan iaitu Hukum Hudud. Bila hampir saja pilihanraya, Tuan Guru Nik Aziz mulalah menabur kembali gula-gula Hukum Hudud, sedangkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993, mereka sendiri tidak mampu melaksanakannya. Selepas saja pilihanraya senyaplah kembali. Berdasarkan dari gelagat mereka , dapatlah kita kumpulkan beberapa dalil atau sebab mengapa parti PAS mesti kita ditolak. Sebelum itu marilah kita merenung hadith Nabi SAW seperti berikut ini sebagai panduan buat kita bersama:

Hadith Rasullullah SAW:

Yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah SAW bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing(berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala(mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah SWT berfirman kepada mereka, " Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?, Atau kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim(cendikiawan) pun akan menjadi bingung(dengan sebab fitnah itu)". 
H.R Tirmizi.


Golongan yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia (mereka berpura-pura benci kepada dunia dan menunjuk-nunjuk mencintai akhirat). Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutar-belitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutar-belitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat hebat sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Ketahuilah bahawasanya apa yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadith di atas telah berlaku:

~ Bukankah Dato' Nik Aziz dan orang-orang PAS pernah mengaku bahawa Dato' Nik Aziz seorang yang zuhud, tidak mahu menggunakan rumah kediaman Menteri Besar, tidak mahu menggunakan kereta kerajaan dan sebagainya?

Dalil Pertama- CARA PAS BUKAN CARA ISLAM

Surah An-Nahl Ayat 125:

Bermaksud: 

"Serulah(manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
"

Di dalam ayat di atas, Allah dengan jelas memerintahkan supaya serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik bukan dengan memaksa dan mencaci serta mengaibkan orang yang ingin kita seru kepada jalan Allah. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Dr. Asri bekas Mufti Perlis bila menyebut "jangan seperti Taliban" baru-baru ini.

Parti PAS mengaku, sebagai parti Islam namun pada kenyataannya apa yang dilakukan oleh parti PAS amat bertentangan dan berbeza dengan ayat di atas. Pihak PAS yang kononnya ingin memperjuangkan hukum dan negara Islam(sekarang sudah tukar ka?) sanggup mencaci, mencerca, mengutuk, mengaibkan dan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah atas nama Islam.

Dalil Kedua - MENGHINA ORANG ISLAM

Surah Al-Hujuraat Ayat 11:

Bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka(yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka(yang mengolok-olokan) dan jangan pula wanita-wanita(mengolok-olokkan) wanita-wanita lain(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Namun kita semua tahu dan kita semua dengar Tok Guru Nik Aziz menghalalkan perbuatan memaki orang Islam.

Dalil Ketiga - DILARANG ADA DUA KETUA(KHALIFAH)

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Apabila dibai'at(diangkat) orang khalifah tandingan(sehingga terdapat du khalifah), maka bunuhlah yang terakhir." (Sahih Muslim 1819)

Nyata dan jelas, Rasullullah SAW melarang orang ramai melantik seorang khalifah(ketua) baru, sehingga terjadinya keadaan di mana terdapat dua khalifah(ketua). Dengan adanya 2 orang khalifah(ketua) ini, kedua golongan Islam akan bergaduh dan berperang, akibatnya orang Islam akan hancur.

Ternyata perbuatan pemimpin-pemimpin PAS menubuhkan parti PAS dan melantik seorang ketua untuk menentang UMNO adalah bukan cara Islam dan dilarang oleh Rasullullah SAW.

Sesuatu larangan yang dibuat oleh Rasullullah itu sudah tentu ada hikmahnya. Ternyata tindakan menubuhkan parti PAS telah memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Bersesuaian dengan dasar pecah dan perintah pihak British semasa meluluskan penubuhan parti PAS pada ketika itu. Sekiranya tiada langkah segera diambil untuk mengatasi masaalah ini, perbalahan yang kecil akan menjadi besar dan seterusnya menjadi peperangan yang tidak menguntungkan agama Islam.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS, adalah manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Islam hanya dipergunakan saja sebagai alat atau batu loncatan. Mereka bukan benar-benar ingin menubuhkan negara Islam atau mengadakan hukum Islam. Sekiranya mereka jujur, perkara ini boleh dibuat tanpa melanggar larangan hadith tersebut. Apa yang perlu mereka lakukan ialah ramai-ramai menyertai UMNO dan berdakwah kepada orang UMNO(supaya orang UMNO menjadi sama Islamnya macam mereka). Dengan itu mereka boleh menukar matlamat perjuangan UMNO ke arah yang mereka kata betul dan mereka suka. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya, mengasing diri dari jemaah dengan membentuk imej yang berlainan dengan jemaah Melayu Islam yang lain. Mereka bukan berdakwah tetapi apa yang mereka lakukan adalah berdakyah mencipta dan menjaja fitnah memburuk dan mempersenda sesama Islam.

Dalil Keempat- SALAH GUNA MASJID

Surah At-Taubah Ayat 107:

Bermaksud:

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mu'min), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mu'min serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sejak dahulu). Mereka sesungguhnya bersumpah; "Kami tidak menghendaki selain kebaikan", Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta(dalam sumpahnya).

Jelas dan nyata bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan orang-orang munafik. Ini sudah pun berlaku di zaman Rasulullah lagi dan di zaman kita sekarang lebih teruk lagi.

Masjid di negara kita sudah disalah gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS - kata-kata mencarut, menghina, mengutuk dan memaki dan memfitnah yang tergolong dalam perbuatan tercela juga dilakukan di masjid.

Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan puak yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Lebih buruk lagi, perbuatan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik boleh mengakibatkan orang-orang tertentu tidak dapat datang untuk beribadat di masjid dan perbuatan ini, adalah sama dengan perbuatan menghalang menyebut nama Allah dalam masjid-masjid seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 114:

Bermaksud:

Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalang-halang menyebut nama Allah dalam masjid-masjidnya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.Rumah Allah bukan kegunaan sesiapa tetapi ia adalah tempat beribadat dan tempat menimba ilmu dan bukan tempat mempopularkan diri atau tempat memancing undi. Mereka tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid kecuali dengan rasa takut kepada Allah SWT.
Hadith Rasullullah SAW:
Bermaksud:

Sesungguhnya seorang lelaki pernah berseru-seru di dalam masjid katanya "Siapa yang memanggil unta yang merah sehingga ia hilang." Nabi SAW bersabda: "Semuga kamu tidak menemukannya. Sesungguhnya masjid-masjid ini dibangunkan dengan fungsi sebagaimana semula ia dibangunkan." (Riwayat Muslim - Al Azkar m/s 63)
Ternyata daripada hadith di atas Rasullullah SAW melarang orang berseru-seru di dalam masjid kerana mencari unta yang hilang. Bayangkanlah apakah reaksi Baginda Rasullullah SAW, sekiranya terdapat orang yang berseru-seruan di dalam masjid kerana ingin berkempen untuk memancing undi. Sudah tentu perbuatan itu tidak diizinkan kerana masjid bukanlah tempatnya. Tambahan pula, dalam kempen politik, sudah pasti wujud kata-kata yang mengutuk dan merendah-rendahkan pihak lawan. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT lebih-lebih lagi jika dilakukan di dalam masjid.
Dalil Kelima - PAS TERLALU RAMAI ULAMA
Hadith Rasullullah SAW
Bermaksud:
Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasullulah SAW bersabda: "Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah tiada, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang ramai, maka sesatlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)

Rasullullah SAW menerangkan, dalam hadith di atas Allah menghapuskan ilmu(dan pengetahuan) agama dengan cara mewafatkan para ulama. Ini bermakna ulama di zaman ini memang sangat kurang atau memang tiada lansung.

Tetapi menurut Parti PAS mereka mempunyai ramai ulama dan ini bertentangan dengan sabda Rasullullah SAW dalam hadith di atas, kecualilah memang benar parti PAS mengangkat orang-orang bodoh jadi ulama mereka.

Patutlah bermacam-macam fatwa yang pelik, telah dan boleh dikeluarkan oleh ulama (Tok Guru) PAS.

Dalil Keenam - MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Ibnu Umar r.a katanya: Rasullullah SAW bersabda: Siapa yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Hai kafir, maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya: Jika apa yang diucapkan itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan". (Sahih Muslim 49)

Nyata dan jelas dari maksud hadis di atas perbuatan mengkafirkan orang Islam adalah dilarang dan amat merbahaya kerana orang yang berbuat demikian boleh jadi kafir sekiranya orang yang ditujukan itu tidak kafir.

Bukankah ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli PAS?.

Dalil Ketujuh - SIAPAKAH YANG MEMECAH-BELAHKAN

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Arfajah r.a. katanya, dia mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan. Maka siapa yang memecah belah persatuan umat ini. penggallah dengan pedangmu walaupun siapa dia" (Sahih Muslim1817)

Hadith di atas jelas menerangkan bahawa perbuatan memecah-belahkan kesatuan umat Islam dilarang dan hukuman melanggar larangan itu amat berat.

Kita masih ingat disuatu ketika dahulu parti PAS tidak mempunyai pengaruh di negeri-negeri lain kecuali di Kelantan. Pada masa itu orang-orang Islam hidup bersatu padu tapi sekarang apabila pengaruh PAS mula berkembang orang Islam mula berpecah belah. Perbuatan mencaci, menghina, mencarut dan mengafirkan orang Islam lainnya yang dipelupori oleh parti PAS mula berleluasa. Di masjid-masjid dan di suarau-surau sudah ada dua golongan orang Islam yang bermusuh-musuhan.

Ternyata parti PAS dengan tindak-tanduknya telah memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Satu lagi contoh ialah apabila PAS menentang UMNO, dalam setiap pilihanraya yang diadakan. Perbuatan mengkafirkan, memaki, menfitnah dan menghina merebak kemerata tem[at. Akibat dari ini, timbul dua pihak bertentangan sampai ada pasangan suami isteri yang bercerai, adik beradik yang bergaduh dan rakan serta teman yang tidak bertegur sapa. Inilah jasa sebenar parti PAS kepada masyarakat Islam iaitu sebagai pemecah belah ummah.

Dalil Kelapan - MENYEMBUNYIKAN AYAT ALLAH

Kita dapati ramai dikalangan pemimpin parti PAS mengakui diri mereka sebagai ustaz atau ulama termasuklah ustaz yang diimport dari DAP tetapi mereka sengaja menyembunyikan ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik mereka. Sebagai contoh mereka sering melaungkan ayat 144 dari Surah An Nisaa

Bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mukmin, inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah(untuk menyiksa)?

Dan sebahagian daripada ayat 28 Surah Ali Imran:

Bermaksud:

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa yang berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah.

Dengan tujuan, agar pengundi akan mengundi calun dari parti PAS bila calun dari parti lawan terdiri dari bukan Islam. Mereka sengaja menyembunyikan sambungan ayat 28 surah Ali Imran :

Bermaksud:

Kecuali kerana(siasah) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).

Parti PAS juga tidak pernah memberi tahu pengundi-pengundi teantang ayat 72 Surah Al-Anfaal kecualilah ketika mereka hendak membuat pakatan dengan DAP.

Bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan(kepada orang-orang Muhajirin). Mereka itu satu sama lain saling melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) Jika mereka meminta pertolongan kepada mu dalam (urusan pembelaan) Agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Sebagai catatan, ayat dari Surah Al Anfaat dan sambungan ayat surah An Nisaa memberi kelonggaran untuk melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin sekiranya ada siasah atau muslihat. Dalam konteks di Malaysia, sebagai contoh, dibolekan memilih calun Wakil Rakyat dari bukan Islam asalkan Perdana Menterinya adalah orang Islam.

Apa yang jelas selama ini mereka:

~Mengkafirkan sesetengah pengundi Islam, yang mengundi calon bukan Islam.
~Mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Meskipun mereka sebagai ahli agama, tahu kewujudan ayat tersebut namun kerana kerakusan mereka dalam politik, mereka sanggup menyembunyikan ayat Allah SWT. Dan perbuatan ini adalah amat terlarang seperti yang tercatit dalam surah Al-Baqarah ayat 159:

Bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan(yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.

Dalil Kesembilan - CARA REVOLUSI IRAN

Dari segi cara, ternyata PAS menggunakan taktik yang amat merbahaya. Setelah berjaya menawan Kelantan beberapa tahun yang lau, ada penyokong PAS mendabik dada, memberitahu bahawa dalam masa beberapa tahun lagi PAS akan berjaya menawan seluruh Malaysia. Penyokong PAS itu memberitahu bahawa PAS di bawah pimpinan Nik Aziz meniru cara Revolusi Islam Iran. Untuk makluman sekelian, keyakinan saya bertambah kerana:

~Salah seorang anak Dato' Nik Aziz menuntut di Qom, Iran.
~Ramai di kalangan orang PAS tidak berani menyalahkan pegangan Syiah.
~Saya difahamkan bahawa dalam pilihanraya sepuluh tahun lalu parti PAS mendapat bantuan biaya dari Iran.
~Semasa bertemu seorang rakyat Iran di Mekkah, beliau banyak memuji PAS dan Nik Aziz.

Saya juga difahamkan oleh penyokong PAS ini bahawa dalam Revolusi Islam Iran, Ayatollah Khomeini telah menanam perasaan benci terhadap Shah Iran dan regimnya di kalangan kanak-kanak sekolah disamping mengajar mereka dengan kalimah tertentu dar ayat Al Quran.

Maka 20 tahun kemudian, bila kanak-kanak ini telah dewasa, dengan sendirinya mereka bangun menentang Shah Iran dan berjaya menegakkan Republik Islam Iran. Akibat dari kejadian ini puluhan ribu rakyat Iran telah mati dibunuh dan ratusan ribu pula terpaksa meninggalkan Iran.

Bayangkanlah sekiranya taktik yang digunakan oleh PAS ini berjaya di Malaysia, apa yang bakal terjadi. Perlu diingatkan bahawa peratusan bangsa Melayu kurang dari 50%, sudah tentu ramai yang terbunuh dan ramai yang terpaksa meninggalkan Malaysia. Akhirnya orang Melayu tidak lagi menjadi golongan terbesar dan akan hilanglah penguasaan orang Melayu dan dengan sendirinya Islam akan lemah. Berbanding di Iran peratusan yang beragama Islam adalah hampir 100%.

Kalau diteliti betul-betul, taktik PAS ini semakin berkembang di Malaysia. Sebagai contoh, kita selalu lihat dan dengar, orang PAS menyebarkan slogan-slogan bagi menanam perasaan benci terhadap setiap pemimpin utama UMNO dan parti UMNO itu sendiri di kalangan kanak-kanak sekolah.

Demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu, perbuatan pemimpin-pemimpin parti PAS perlulah dihentikan dengan serta merta.

Dalil Kesepuluh - ISU ALLAH MENCARUT

Datuk Nik Aziz dalam mempertahankan novel SHIT karya Datuk Shahnon Ahmad mengucapkan bahawa "Allah mencarut". Bagi menguatkan hujah beliau, beliau membacakan surah Al-Lahab dan menurut beliau banyak terdapat ayat mencarut dalam Al-Quran.

Surah Al-Lahab:

Bermaksud:

Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguh dia akan binasa.

Pendapat ini nyata salah kerana:

~Dalam ayat tersebut tiada pun bukti mencarut.
~Allah tidak pernah mencarut dengan menyebut kemaluan manusia seperti yang terdapat dalam novel SHIT.
~Kalau benar pun Dr. Mahathir yang bersalah mengapa melibatkan kemaluan ibunya yang tiada kena mengena, mengapa tidak sebut saja kemaluan beliau.
~Datuk Nik Aziz berkata Al-Quran banyak mengandungi ayat-ayat yang mencarut, oleh itu bolehlah mencarut. Sebagai contoh dalam Al-Quran banyak kali Allah bersumpah dengan masa dan bulan. Mengapa Nik Aziz tak suruh orang bersumpah dengan masa dan bulan pula. Apakah beliau mahu jadi sama taraf dengan Allah SWT.
~Mengapa sebelum ini tiada sebarang fatwa dari ulama-ulama dahulu yang membolehkan orang mencarut?

Apa yang jelas adalah hadith:

Bermaksud:

Ibnu Mas'ud r.a. Berkata: Rasullullah SAW bersabda: seorang mu'min bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah.(Attirmidzi-Rs 2/54)

Bermaksud:

Anas r.a berkata: Rasullullah SAW bersabda: Kekejian mulut tiada menghinggapi sesuatu melainkan menjelekkannya san sifat malu itu tidak menghinggapi sesuatu melainkan membaguskannya. (Attirmidzi-Rs 2/545)

Bermaksud:

"Termasuk salah satu dosa besar adalah memaki ibubapa sendiri. Seorang sahabat telah bertanya kepada Rasullullah: Apakah mungkin seseorang itu memaki ibubapanya sendiri? Rasullullah menjawab: Benar, apabila seseorang itu memaki ibubapa orang lain dan orang yang dimaki itu memaki balik ibubapa orang itu, bermakna orang yang memulakan itu telah memaki ibu-bapanya sendiri." (H.R.Bukhary-Muslim - 10).

Kesimpulannya - Mencarut adalah perbuatan yang keji untuk orang yang bersifat lemah atau keji budi pekertinya. Allah SWT besifat Maha Gagah lagi Maha Sempurna. Oleh itu Allah tidak sesekali mencarut tetapi apa yang dimaksudkan didalam ayat surah Al-Lahab dan banyak ayat lain Allah melaknat. Allah melaknat Abu Lahab dan orang yang memutar belitkan Al-Quran seperti ulama-ulama PAS.

Dalil Kesebelas - PAS PUNCA ORANG RAMAI MURTAD
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: