Kisah yang lebih menarik untuk membolehkan kita mendapat iktibar dan lebih berhati-hati mengenai status seorang sama ada dia itu Islam atau tidak, ialah kisah Usamah bin Zaid. Dalam satu peperangan, ketika Usamah bin Zaid hampir membunuh seorang kaum kafir, orang kafir tersebut mengucapkan kalimah syahadat, tetapi Usamah tetap sahaja menghayunkan pedangnya dan menyebabkan orang kafir ini mati.

Kisah ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan menyebabkan baginda memanggil Usamah dan menanyakan hal ini. Usamah menjawab: ''Ya Rasulullah, dia mengucapkan syahadat kerana takutnya (untuk melepaskan diri dan takut mati )''. Rasulullah dengan nada yang keras bersabda: ''Adakah kamu melihat ke dalam hatinya untuk mengetahuai bahawa apa dia berkata benar atau tidak.'' dan baginda juga bersabda: ''Bagaimana kamu akan menjawab pada hari pembalasan, jika syahadat yang diucapkan itu sebagai bukti ke atas kamu?''.
Usamah berkata apabila mendengar Rasulullah mengatakan hal itu: ''Aku berharap bahawa aku masuk Islam baru sesudah saat itu sehingga aku tidak berdosa atas apa-apa yang dituduhkan kepadaku'' (Riwayat Muslim).

Lihat betapa tegas Rasulullah s.a.w dalam hal ini, yang melarang seseorang Islam membunuh seseorang Islam yang lain, walaupun orang kafir itu hanya mengucapkan kalimah syahadat sewaktu hayunan pedang dihalakan ke arahnya.


Lebih menyayatkan hati isu ini juga menimpa ahlul bait iaitu cucu kesayangan Rasullulah, Hussein, para ulama Muawiyah telah mengeluarkan fatwa bahawa cucu Rasullulah sebagai murtad. Fatwa ini telah menyebabkan fatwa menghalalkan darah Hussein, yang dibunuh dalam keadaan yang mengerikan sehingga badan dan kepalanya terpisah dalam peristiwa di Karbala.

Lihatlah betapa isu mengkafirkan dan murtad menjadi senjata yang cukup jahat, sehingga ia mampu memisahkan badan dan kepala cucu kesayangan Rasulullah, cuba bayangkan bagaimana isu mengkafir ini mampu membinasakan kita yang hanya murid.

Adakah orang Melayu sanggup mengulangi kesilapan bangsa-bangsa Islam terdahulu?.
Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w memberi peringatan secara langsung dan tidak langsung untuk tidak menggunakan isu kafir-mengkafir sesama Islam.
Oleh itu, orang Melayu mesti menyemak dan rajin mencari ilmu dan banyak membaca serta membuat perbandingan dan jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan memekak telinga terhadap satu pihak yang lain.

Apa yang paling penting ialah jadikan al-Quran dan sunah Rasullulah s.a.w sebagai piawai utama dalam membuat perbandingan dan mencari kebenaran.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: